Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads Meta

Threads Kini Melepasi 2 Juta Pendaftaran Dalam Tempoh 2 Jam Pertama

Diterbitkan Julai 6, 2023 · Dikemas kini Julai 6, 2023 oleh Amalina Athman

Pesaing Twitter, iaitu Threads oleh Meta telah pun boleh dimuat turun oleh pengguna iOS dan Android seluruh dunia, sejak semalam.

Terbaharu, CEO Meta Mark Zuckerberg memaklumkan aplikasi Threads telah melepasi 2 juta pendaftaran dalam tempoh 2 jam pertama.

Threads Mark_

Bagi yang belum tahu, Threads merupakan sebahagian daripada platform Instagram. Untuk mendaftar, pengguna perlu menggunakan akaun Instagram sedia ada. Username yang digunakan juga adalah sama seperti akaun Instagram dan tidak boleh diubah.

Berkaitan

  • Pesaing Twitter, Threads Daripada Meta Akan Lancar Pada 6 Julai Ini
  • Threads Kini Boleh Dimuat Turun Di iOS Tapi Anda Belum Dapat Gunakannya
  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua

Melalui Threads, pengguna boleh menyiarkan hantaran sehingga 500 karakter, berserta pautan, gambar atau video sehingga 5 minit.

Bagi yang ingin mendaftar, aplikasi Threads telah pun tersedia dan pengguna boleh memuat turun secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Sumber: Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY