Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
threads meta

Pesaing Twitter, Threads Daripada Meta Akan Lancar Pada 6 Julai Ini

Diterbitkan Julai 4, 2023 · Dikemas kini Julai 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Aplikasi terbaru daripada Meta iaitu Threads dijadual akan sedia dimuat turun pada 6 Julai 2023. Ia merupakan pesaing Twitter dengan antara muka dan ciri yang hampir sama.

meta threads

Tidak seperti Facebook dan Instagram yang berdiri sendiri, Threads berada di bawah dan diintegrasi dengan Instagram. Jadi, username anda di kedua-dua platform ini adalah sama.

muat turun meta threads

Menerusi tangkap layar rasmi yang dikongsi, anda boleh pilih untuk ikuti akaun yang sama anda ikuti di Instagram, ada ciri like, retweet serta terhadkan siapa yang boleh membalas kiriman anda.

muat turun meta threads

Bagai orang mengantuk disorong bantal, itulah yang boleh disimpulkan tentang hubungan pengguna dengan Twitter sejak Elon Musk mengambil alihnya.

cara muat turun meta threads

Pelbagai polisi dan undang-undang baru yang sering dilaksanakan secara mengejut dan menyusahkan pengguna. Terbaru, pengguna seluruh dunia mendapati susur masa mereka menunjukkan “Rate limit exceeded” dan tidak boleh melihat twit-twit baharu.

threads meta app store muat turun

Kata Elon, sekatan ini dibuat untuk menghalang syarikat kecerdasan buatan mengumpul data daripada Twitter secara percuma.

Berkaitan

  • Facebook Diam-Diam Membangunkan Aplikasi Permesejan Baru Yang Dipanggil "Threads"
  • Elon Musk Sedia Bertumbuk Dengan Mark Zuckerberg Di Vegas Octagon
  • Pengguna Twitter Kini Ada Had Bacaan Twit Dalam Sehari - Elon Musk

Justeru, kehadiran Threads yang lebih awal daripada jangkaan ini sememangnya tepat. Ramai termasuk saya sendiri teruja untuk mencubanya walaupun awal dulu agak skeptikal.

  • Lihat Threads di App Store
  • Lihat Threads di Play Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY