Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
king's man

The King’s Man Ditangguhkan Sekali Lagi Ke Februari 2021

Diterbitkan September 3, 2020 oleh Nadiah Ab

the king's man

The King’s Man merupakan filem prekuel kepada Kingsman: The Secret Service (2015) dan Kingsman: The Golden Circle (2017). Sebelumnya, filem itu telah ditangguhkan ke 18 September 2020, dan baru-baru ini sekali lagi ditunda tayangannya ke 26 Februari 2021.

Berita ini tidaklah mengejutkan kerana pemasaran untuk filem itu juga masih belum dijalankan hingga sekarang. Ini merupakan penangguhan kali ketiga filem itu: asalnya ia dijadualkan untuk ditayangkan pada 15 November 2019, kemudian pertama kali ditangguhkan ke 14 Februari tahun ini, dan seterusnya ke bulan September.

king's man
king's man

Menurut Deadline, produksi Mouse House mengambil langkah tersebut supaya The King’s Man mendapat pelancaran panggung yang lebih baik. Dalam erti kata lain, mereka mahukan filem itu memasuki pasaran utama yang ditutup untuk tayangan filem buat masa ini, termasuk New York dan Los Angeles.

Sekali lagi diarah oleh Matthew Vaughn, The King’s Man dibintangi oleh Ralph Fiennes, Daniel Bruhl, Stanley Tucci, Gemma Arterton, Matthew Goode, Aaron Taylor-Johnson, dan Djimon Hounsou.

Plotnya secara ringkas adalah mengenai dalang penjahat terburuk dalams ejarah yang berkumpul untuk merancang perang untuk menghapuskan berjuta-juta orang. Manakala terdapat seorang lelaki dan anak didiknya yang berusaha melawan masa untuk menghentikan penjahat-penjahat itu.

Menurut anda, adakah filem prekuel ini relevan dan masih perlu untuk ditayangkan?

Sumber: Deadline & Variety

Baca lagi: Chadwick Boseman, Saksikan Lima Filem Terbaik Lakonan Beliau

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY