Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla_Business Insider

Gen Z Di AS Tidak Lagi Memandang Tesla Sebagai Jenama Yang “Cool” – Kajian

Diterbitkan Ogos 21, 2024 · Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh ariff bukhari

Hasil tinjauan terbaru yang dilakukan oleh Morgan Stanley terhadap pelatih-pelatih mereka mengenai kemerosotan populariti Tesla di kalangan Generasi Z di Amerika Syarikat mendapati,  hanya 11% daripada pelatih Morgan Stanley kini menganggap Tesla sebagai satu jenama yang “cool“.

Ia berbeza berbanding dengan 19% pada tahun 2022 dahulu. Ini menunjukkan penurunan minat terhadap Tesla di kalangan Generasi Z pada masa ini.

Jenama automobil dari Jerman iaitu Mercedes dan BMW, kini lebih popular berbanding Tesla yang menunjukkan peralihan dalam keutamaan jenama di kalangan pengguna muda dan berkemampuan.

Antara faktor penyebab kemerosotan itu adalah perilaku kontroversi oleh Elon Musk sendiri yang telah menjejaskan reputasi Tesla, khususnya di kalangan pengguna muda yang mungkin lebih sensitif terhadap isu-isu sosial dan politik.

Selain itu, saingan dari EV yang jauh lebih murah terutamanya EV dari China yang semakin meningkat memberi tekanan kepada Tesla.

Malah Generasi Z  juga didapati semakin kurang berminat terhadap kenderaan elektrik untuk tahun kedua berturut-turut.

Ia ekoran kebimbangan mereka mengenai isu jarak perjalanan  dan ketersediaan pengecas.

Dalam kajian pengguna baru-baru ini yang dijalankan oleh McKinsey pula mendedahkan, 46% daripada pemilik EV AS berkata mereka berkemungkinan bertukar kembali kepada kenderaan berkuasa gas, dan 29% pemilik EV global berkata mereka berkemungkinan beralih kembali kepada enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tesla Cybertruck Tersedia Untuk Pemain Fortnite
  • Pemilik EV Selain Tesla Di AS Didapati Lebih Berpuas Hati Dengan Kenderaan Mereka - Kajian
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Tesla Bayar ~RM209/jam Untuk Memakai Sut 'Motion Capture' Bagi Melatih Optimus

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY