Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla_model y

Tesla Model 3 Baharu Dan SUV Model Y Kini Boleh Dimiliki Serendah RM81 Sehari Selama 5 Tahun

Diterbitkan Julai 12, 2024 · Dikemas kini Julai 12, 2024 oleh ariff bukhari

Tesla terus berusaha untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada mampan dan membolehkan penyesuaian kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Terbaru, untuk memudahkan pengguna memiliki EV mereka, Tesla hari ini mengumumkan inisiatif baharu dengan menawarkan SUV EV terlaris, Model Y dan sedan elektrik terbaharu Model 3 di pasaran yang boleh dimiliki pada harga serendah RM81 sehari.

Tawaran ini bermula dari sekarang hingga 30 September 2024, di mana anda boleh memiliki varian Pacuan Roda Belakang Model 3 dengan hanya RM2,430 sebulan (anggaran RM81 sehari) pada kadar faedah 0% dengan menyelesaikan sekurang-kurangnya 20% deposit dan menyertai tempoh pembayaran 60 bulan.

model y
Tesla Lancar Varian Prestasi Baharu Bagi Model 3, Kuasa Kuda Kini 510 Hp

Selain daripada program faedah rendah yang baru dilancarkan untuk Model 3, program kadar faedah rendah sebelum ini untuk stok sedia ada Model Y kini diperluaskan kepada pesanan tersuai (custom order).

Pelanggan boleh memiliki Model Y serendah RM 1,810 sebulan (anggaran RM60 sehari) pada kadar faedah 0.78% dengan menyelesaikan sekurang-kurangnya 25% deposit dan menyertai tempoh pembayaran 84 bulan.

Ketahui lebih lanjut dengan layari laman tesla.com/event/tesla-model3-limited-incentives dan tesla.com/event/tesla-modely-inventory untuk mendapatkan butiran lanjut tentang program faedah rendah ini.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Miliki Tesla Model Y Serendah RM60/hari, Varian Prestasi Dapat Kredit 'Supercharging' Percuma
  • Pengecas Super V4 Tesla Akan Dibuka Di Pulau Pinang, Cas 15 minit Dapat 282 Km

Sumber: siaran media Tesla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY