Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-08-29 140748

Tesla Malaysia Tawar Diskaun Lebih RM30 Ribu Untuk Model Y Prestasi

Diterbitkan Ogos 29, 2024 oleh Rushsyafizal

Tesla Malaysia telah mengumumkan potongan harga di mana Model Y Prestasi kini boleh didapati dengan penjimatan sehingga RM30,600. Namun promosi ini hanya terdapat pada laman rasmi Instagram Tesla.

Screenshot 2024-08-29 144216

Tesla Model Y yang lebih dikenali sebagai “SUV”  boleh dimiliki dari RM249,400 untuk model asas dengan warna cat Pearl White dan dalaman premium serba hitam. Jika anda mahukan warna luaran yang berbeza atau dalaman premium hitam dan putih, terdapat kos tambahan. Tesla menawarkan warna luaran seperti Pearl White, Deep Blue, Solid Black, Stealth Grey, dan Ultra Red.

Kesemua Tesla Model Y Prestasi didatangkan dengan roda 21 Uberturbine, spoiler gentian karbon, dan pedal prestasi sebagai standard. Tesla Model Y Prestasi turut menyertakan Autopilot Asas, manakala ciri tambahan yang lebih canggih seperti Enhanced Auto Pilot dan kemampuan Full Self Driving ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

Screenshot 2024-08-29 152309
Screenshot 2024-08-29 152226
Screenshot 2024-08-29 152210
Screenshot 2024-08-29 152147
Screenshot 2024-08-29 152122

Dari segi harga, Model Y mempunyai perbezaan yang ketara antara setiap varian. Bagi penggmar kereta EV atau yang ingin berjinak-jinak dengan kereta EV boleh dapatkan Model Y RWD standard serendah RM191,000.

{suggest}

Sumber : TESLA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY