Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Optimus 2

Tesla Bot, Optimus Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM85 Ribu Hingga RM128 Ribu

Diterbitkan Oktober 11, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 11, 2024 oleh ariff bukhari

Selain menayangkan teksi robot mereka โ€˜Cybercabโ€™, Tesla turut mempertontonkan kepada hadirin di acara “We Robot“, Tesla Bot iaitu Optimus.

“Optimus akan berjalan di kalangan anda. Anda akan dapat berjalan terus ke arah mereka, dan mereka akan menghidangkan minuman.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk.

Musk menjelaskan Optimus pada asasnya boleh “melakukan apa sahaja” dan menyebut contoh seperti berjalan-jalan dengan anjing anda, mengasuh anak-anak anda, memotong rumput, menghidangkan minuman kepada anda dan sebagainya.

Tesla Optimus 1
Tesla Bot, Optimus Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM85 Ribu Hingga RM128 Ribu

 

Selepas pembentangannya, rakaman strim langsung menunjukkan orang ramai berinteraksi dengan robot Optimus di meja dan orang ramai.

Antara dipaparkan adalah keupayaan robot itu menyerahkan beg hadiah kecil di meja dan bermain gunting kertas batu dengan tetamu.

https://x.com/teslaownersSV/status/1844610376165425658

Juga terdapat gazebo tertutup dengan sekumpulan robot menari di dalamnya.

Musk berkata, harga robot Tesla itu akan berharga sekitar $20,000 (~RM85,000) hingga $30,000 (~RM128,000).

Berkaitan

  • Tesla Bayar ~RM209/jam Untuk Memakai Sut 'Motion Capture' Bagi Melatih Optimus
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Elon Musk Tayang 'Cybercab' Robotaxi, Teksi Robot Sokong Pengecasan Tanpa Wayar

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY