Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terdapat iPhone X Mengalami Masalah Tidak Boleh Menjawab Panggilan Suara

Terdapat iPhone X Mengalami Masalah Tidak Boleh Menjawab Panggilan Suara

Diterbitkan Februari 5, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sebilangan kecil pemilik iPhone X dikatakan mengalami kesukaran menjawab panggilan telefon berdasarkan aduan yang dibuat pada Apple Support Forum.

Difahamkan , rintihan daripada pengguna sudah timbul sejak Disember yang lalu namun isu berkenaan masih berlanjutan hingga ke hari ini.

Masalah terjadi apabila skrin telefon pintar lambat menyala walaupun ia telah berdering. Dikatakan ia mengambil masa sehingga 6 ke 8 saat untuk memberikan respon terhadap panggilan masuk dan ada yang lebih lama bagi sesetengah kes.

Masih belum jelas mengapa masalah itu boleh berlaku dan Apple kini sedang giat mengumpul maklumat berkaitan pepijat tersebut.

Sumber: Apple Forum via Financial Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PETRONAS LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Di Dunia Bakal Ditempatkan Di Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
©2026 WISER.MY