Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tencent tapak tangan

Tencent Lancar Pembayaran Guna Tapak Tangan Di China

Diterbitkan Mei 25, 2023 · Dikemas kini Mei 25, 2023 oleh Amalina Athman

Gergasi media sosial di China, Tencent Holdings kini melancarkan pembayaran dengan hanya menggunakan tapak tangan melalui perkhidmatan WeChat Pay.

Berkaitan

  • Siapa Itu Tencent? Pembangun 'Games' Terbesar Di Dunia
  • Keuntungan Tiktok Melonjak 79%, Kalahkan Alibaba Dan Tencent

Memetik laporan SCMP, pengguna yang mendaftar dalam perkhidmatan pengecaman tapak tangan boleh membuat pembayaran untuk Laluan Ekspres Lapangan Terbang Daxing dengan hanya mengimbas tapak tangan pada pengimbas yang disediakan, bermula Ahad lepas.

Untuk mendaftar, cap atau cetakan tapak tangan akan diambil di mesin yang ditetapkan di stesen kereta api. Kemudiannya, penumpang boleh menggunakan tapak tangan untuk membuat pembayaran.

Menurut Tencent, teknologi ini mengecam kedua-dua paras permukaan tapak tangan dan urat tangan. Selain untuk penggunaan pembayaran di stesen kereta api, Tencent berkata ia juga akan dilancarkan untuk kegunaan di pejabat, kampus, kedai runcit dan restoran secara berperingkat.

Buat masa ini, sistem pembayaran itu hanya tersedia untuk penduduk di Beijing yang telah melengkapkan pengesahan nama sebenar, iaitu keperluan untuk WeChat Pay.

Sistem pembayaran ini dilihat memudahkan kerana tidak perlu memegang sebarang alat untuk tujuan pembayaran. Akan tetapi, ianya juga menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan privasi pengguna, terutamanya dalam penggunaan dan pengumpulan data biometrik.

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY