Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siapa Itu Tencent? Pembangun ‘Games’ Terbesar Di Dunia

Siapa Itu Tencent? Pembangun ‘Games’ Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Oktober 27, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 27, 2022 oleh Firdaus

Bila kita sebut pasal Tencent, saya pasti pembaca akan terus sebut dengan PUBG: Mobile dan aplikasi sosial WeChat. Tetapi sebenarnya, Tencent adalah sebuah nama yang lebih besar daripada 2 aplikasi tersebut.

Di China, Tencent adalah tulang belakang industri teknologi dan komunikasi negara tersebut.

Berikut merupakan beberapa aplikasi, faktor mahupun pegangan yang membuatkan syarikat ini sungguh berkemampuan sebagai pembangun games terbesar dunia.

Berkaitan

  • Ini Prestasi Awal Capaian 5G iPhone 14 Pro Dan Pro Max Di 10 Buah Negara
  • Serpihan Satelit Rusia Bergerak Selaju 28 Ribu Km/j Paksa Penujah ISS Dihidupkan Lebih 5 Daripada Minit
  • Seagate Bakal Hentikan 3,000 Pekerja Di Seluruh Dunia
  • Google Ke Arah Memudahkan Log Masuk Merentas Peranti, Laman Sesawang Dan Aplikasi Tanpa Kata Laluan
  • CDPR Umum The Witcher Remake Guna Unreal Engine 5, The Witcher 3 'Next-Gen' Akan Datang

Media Sosial WeChat

(medsos dengan pengguna terbesar di dunia)

WeChat yang kita gunakan di Malaysia adalah versi yang ringkas, tidak lengkap dan jauh daripada kemampuan sebenarnya berbanding dengan versi di China.

WeChat mempunyai lebih 1.2 bilion pengguna bulanan yang aktif. Jadi tidak hairanlah jika WeChat di China lebih hebat daripada gabungan kesemuan media sosial yang digunakan kita semua di Malaysia.

Selain itu, Tencent Music juga adalah perkhidmatan muzik terbesar di China dengan bilangan pengguna aktif melebihi 840 juta.

Studio-Studio Games Yang Mempunyai Pegangan Tencent

(Lebih 20 Studio Games mempunyai saham yang dimiliki Tencent)

TiMi Studio Group adalah salah satu anak syarikatnya yang bertanggungjawab dalam membangun dan menguruskan permainan video mudah alih seperti PUBG: Mobile, COD: Mobile, Pokemon Unite dan lain-lain.

Siapa Itu Tencent? Pembangun ‘Games’ Terbesar Di Dunia
Siapa Itu Tencent? Pembangun ‘Games’ Terbesar Di Dunia

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat ia mempunyai pegangan dalam pelbagai studio games yang besar.

Contohnya, ia memiliki pegangan penuh dalam Riot Games yang bertanggungjawab dalam games seperti Valorant, League of Legends dan banyak lagi.

Selain itu juga, syarikat ini adalah pemegang terbesar dalam Studio Supercell yang membangunkan Clash of Clan dan Clash Royale.

Studio-studio lain seperti Epic Games, Garena, Activision Blizzard, Ubisoft, Roblox, dan Kadokawa Corporation juga turut mempunyai peratusan pegangan yang dimilikinya.

Tersenarai dalam The Global 2000, Forbes

(Satu-satunya syarikat pembangun permainan video dalam kedudukan 30 teratas)

The Global 2000 daripada Forbes adalah senarai 2000 syarikat terbesar di dunia. Setiap syarikat akan diukur melalui 4 metrik – jualan, keuntungan, aset dan nilai pasaran.

Siapa Itu Tencent? Pembangun ‘Games’ Terbesar Di Dunia

Menariknya lagi, ia berada pada kedudukan 28 daripada kesemua 2000 syarikat dalam senarai tersebut. Setakat ini, Tencent Holdings mempunyai seramai lebih 112,000 pekerja secara keseluruhan.

Untuk tahun 2022, syarikat ini telah berjaya mencatatkan pendapatan lumayan sekitar USD86.9 bilion (~RM409.82 bilion). Tambahan lagi, mereka juga berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak USD34.9 bilion (~RM164.59 bilion).

Tencent Holdings ini begitu besar hingga nilai aset yang dimiliki mereka juga jauh lebih besar daripada GDP sesetengah negara – USD253 bilion (~RM1.193 trilion).

Sumber: Polygon, Forbes

Gambar utama: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY