Permainan video ini akan dibangunkan oleh Yoozoo, di mana syarikat yang berasal dari Shanghai itu telah pun menandatangi perjanjian untuk menghasilkan permainan berkenaan dengan Warner Bros. Buat masa ini, Tencent dikatakan akan melancarkan permainan berkenaan untuk pasaran China terlebih dahulu.
Sebelum ini, sebuah lagi permainan mudah alih Game of Thrones telah diperkenalkan oleh Warner Bros. sendiri iaitu Game of Thrones : Conquest. Permainan video ini sudah boleh dimuat-turun oleh pengguna Android dan iOS sejak beberapa bulan yang lalu.
Tencent mula terkenal dengan pelancaran beberapa aplikasi mereka sebelum ini seperti PUBG Mobile dan WeChat. Mereka juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam membawa pesaing terkuat PUBG, Fortnite ke pasaran China awal tahun ini.
Kami harapkan Tencent turut membawa permainan ini dan permainan Red Alert Online ke pasaran global pada masa akan datang. Jika tidak, ia pasti mengecewakan peminat-peminat mereka.
Sumber
Berkaitan
- Xiaomi Bakal Lancarkan Telefon Pintar Gaming Mereka Pada 13 April Ini
- Beli Samsung Odyssey G7 Monitor Gaming Dan Dapat Soundbar Percuma
- Kemaskini Versi 0.13.0 PUBG Mobile Benarkan Anda Bertempur Antara Dua Pasukan Sahaja
- Asus ROG Strix SCAR II - Miliki Semua Yang Anda Mahu Pada Sebuah Laptop Gaming
- Huawei Mate 20 Hampir Pasti Dilengkapi Android Pie Dari Dalam Kotak
- Kemaskini Terbaru PUBG Mobile Bagi iOS Kini Tersedia Untuk Dimuat Turun
- Kemaskini PUBG Mobile Dengan Mod Zombi Kini Boleh Dimuat-Turun
- Huawei Tambah Lagi 5 Peranti Ke Dalam Senarai Yang Akan Dikemaskini Kepada Android Q
- Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji
- CIMB Tap n Pay Membolehkan Pengguna Android Terima Bayaran Dari Kad Debit