Tencent Games Mahu Bawa Permainan Red Alert ke Peranti Mudah Alih

Permainan bergenre strategi perang yang sangat popular suatu ketika dulu, Red Alert kini dalam proses pembangunan bagi versi mudah alih, menurut laporan Digital Trends. Dan syarikat yang sedang giat membangunkan permainan tersebut ialah Tencent Games. Pembangun permainan PUBG Mobile yang sedang menjadi kegilaan ramai masa kini itu telah mengumumkan berkenaan perkara ini pada 23 April yang lalu.



Tidak banyak yang dapat diperkatakan berkaitan permainan ini buat masa sekarang, namun pihak Tencent Games sudah pun mengeluarkan video trailerĀ untuk permainan ini.

https://youtu.be/jY1XaDzFp_w

Dapat diperhatikan dalam video, terdapat beberapa buah kereta kebal sedang bergerak, jet-jet pejuang sedang membelah awan, juga kelihatan belon gergasi Kirov yang sangat digeruni pihak musuh. Pada akhir video ini juga dapat dilihat satu susuk tubuh watak yang sangat dikenali pemain Red Alert, iaitu Yuri.



Dalam pada itu, sejak pengumuman ini dibuat, terdapat beberapa komen yang diberikan pada video trailer permainan ini yang menunjukkan ramai di antara pemain Red Alert yang kurang bersetuju dengan langkah Tencent Games untuk membangunkan permainan ini dalam versi mobile.





Walaubagaimanapun, peminat permainan ini dinasihatkan supaya memberi peluang kepada Tencent Games untuk membangunkan permainan ini terlebih dahulu sebelum menilai. Buat masa ini, pradaftar minat bagi permainan Red Alert hanya dibuka untuk pengguna di China sahaja dan diharapkan permainan ini akan dapat dimainkan oleh peminat di Malaysia juga.

Sumber