4 daripada 5 Pelayar popular sudah menyokong tema gelap Facebook.
Facebook baru sahaja menawarkan tetapan tema gelap untuk versi aplikasi pelayar komputer. Untuk mengaktifkan tema gelap Facebook di komputer, anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Facebook dan pilih tetapan 'Switch to New Facebook' (Jika paparan antaramuka Facebook baru tidak diaktifkan secara automatik pada pelayar tersebut).
Setakat semakan yang dibuat terhadap 5 pelayar popular yang menjadi pilihan utama pengguna iaitu Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari, Brave Browser dan Microsoft Edge, 4 daripadanya telah pun menyokong ciri tema gelap Facebook yang baru diperkenalkan itu.
4 Aplikasi pelayar itu adalah Google Chrome, Mozilla Firefox, Brave Browser dan Microsoft Edge.
Sementara bagi aplikasi pelayar Apple Safari pula, pengguna Facebook di atas pelayar ini masih belum ditawarkan ciri tema gelap Facebook yang baru ini.
Jadi, jika anda pengguna pelayar Safari di atas komputer Apple Macintosh atau Windows, anda perlulah menggunakan 4 aplikasi yang dinyatakan di awal tadi bagi mencuba sendiri tema gelap Facebook tersebut.
Berkaitan
- Apple Dilaporkan Mula Memasarkan Sebahagian Model iPhone 6s Dan 7 Yang Di Pasang Di India Ke Eropah
- Meta Perkenal 2 Ciri Baharu Di Facebook, Sudah Tersedia Untuk Sebahagian Pengguna
- ASUS Mengumumkan Model Terbaru Zephyrus G14 Dan Zephyrus G15
- Anda Kini Boleh Memiliki Kit Model Lego Kereta Lumba Dodge Charger Dari Filem Fast And Furious
- Model Honda Accord Terdahulu Dinaik Taraf, Sokong Ciri Wayarles Apple CarPlay Dan Android Auto
- Tesla Digodam, Penggodam Dihadiahkan Model 3
- Antara Lelaki Dan Wanita Di Malaysia, Siapakah Yang Lebih Ramai "Bermain" Facebook?
- Facebook Ads Diboikot Syarikat-Syarikat Ternama
- Samsung WOW Perkenal Model TV Dan Monitor 'Flagship' 2023
- Beberapa Negara Mengalami Masalah Mengakses Laman Facebook, Instagram, Messenger Dan WhatsApp