Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HTC Dan Motorola Tidak Memperlahankan Peranti Lama Mereka Seperti Apple

Apple Dilaporkan Mula Memasarkan Sebahagian Model iPhone 6s Dan 7 Yang Di Pasang Di India Ke Eropah

Diterbitkan Julai 11, 2019 · Dikemas kini Julai 11, 2019 oleh ariff bukhari

iPhone buatan India ke Eropah.

Selepas lebih 2 tahun model telefon pintar iPhone SE dipasang di dalam negara India, Apple kini dilaporkan telah mula memasarkan sebahagian model iPhone mereka ke Eropah.

Ia berdasarkan laporan oleh The Economic Times yang memperoleh maklumat daripada 3 individu yang menyedari akan perkembangan tersebut.

Model yang didakwa terlibat dipasarkan ke Eropah itu adalah model iPhone 6s dan iPhone 7. Dilaporkan juga tidak lebih daripada 100 ribu unit bagi kedua-dua model iPhone tersebut dieksport ke Eropah setiap bulan sejak beberapa bulan yang lalu.

Sejak tahun 2017 lagi, iPhone 6s dan iPhone SE adalah 2 peranti terawal Apple yang mula dipasang di Bengaluru bagi pasaran telefon pintar bajet di India.

India kini menjadi antara negara fokus mereka bagi pengeluaran peranti paling popular mereka itu, selain di negara China.

Malah Apple juga dilaporkan dalam perancangan untuk membuka Apple Store India serta menambah baik lagi aplikasi dan servis untuk ditawarkan kepada pengguna produk mereka di negara tersebut.

Apple kini dilihat cuba bersaing dalam pasaran telefon pintar di India yang ketika ini sedang dikuasai oleh pengeluar-pengeluar telefon pintar Android dari China.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY