Komputer riba ultra nipis pertama dengan grafik yang dikuasakan oleh GeForce RTX 2060.
ASUS menerusi jenama Republic of Gamers (ROG) mengumumkan kehadiran model terbaru komputer riba ultra nipis berprestasi tinggi, Zephyrus G14 dan Zephyrus G15.
Komputer riba Zephyrus G14 yang hanya senipis 17.9mm dan hanya seberat 1.6kg ini adalah merupakan model komputer riba bersaiz 14 inci pertama yang dilengkapi dengan cip grafik GeForce RTX 2060.

ASUS ROG Zephyrus G14 dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru AMD Ryzen™ 4000 Series Mobile Processors (pilihan tertinggi AMD Ryzen™ 7 4800HS), NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 GPU (6GB GDDR6 VRAM), paparan IPS 14 inci berdefinisi penuh (FHD 1920x1080), papan kekunci backlit, menyokong kapasiti RAM sehingga 32GB dan menggunakan storan pantas SSD M.2 NVMe PCIE 3.0.
ASUS mendakwa, bateri komputer riba tersebut mampu mengoperasikan Zephyrus G14 sehingga 10 jam setiap kali dicas penuh.
Manakala bagi model Zephyrus G15 pula ia dilengkapi dengan paparan 15.6 ("non-glare" FHD, 1920 x 1080), seberat 2.1kg, dikuasakan oleh AMD Ryzen™ 7 4800HS, cip grafik NVIDIA® GeForce® RTX™ 2060, RAM berkapasiti sehingga 32GB dan pilihan storan pantas SSD berkapasiti 1 TB atau 512 GB M.2 NVMe PCIe®.

Zephyrus G14 dan Zephyrus G15 dijangka akan ditawarkan antara suku pertama dan kedua 2020 nanti. Walaubagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi tanda harga bagi komputer riba ini.
ASUS ROG Zephyrus G14 dan Zephyrus G15 mula dipertontonkan secara rasmi di pameran CES 2020 hari ini.
Berkaitan
- TM Dan Telefónica Tech Bekerjasama Membina Program Keselamatan Siber
- ASUS Lancarkan Barisan Model Terbaru Komputer Riba Zenbook Dan Vivobook
- ASUS Malaysia Umum Generasi Komputer Riba TUF Gaming 2023, Harga Dari RM4,999
- Facebook Meluaskan 'Data Abuse Bounty Program' Ke Instagram
- Apple Menggantung Sementara Program Yang Membenarkan Pekerja Mereka Mendengar Perbualan Rakaman Siri
- ASUS Lancar Barisan Model Zenbook OLED 14 Inci Dan 16 Inci Terbaru
- ROG Mengumumkan Komputer Riba Zephyrus G14 Edisi Khas Alan Walker
- Komputer Riba ASUS Chromebook C425 Muncul Secara Tiba-Tiba
- Toyota Tayang AE86 Diubah Menjadi Kereta EV Dan Hidrogen
- ASUS Perkenal Monitor 'Gaming' 360Hz Pertama Di Dunia