Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta facebook

Meta Perkenal 2 Ciri Baharu Di Facebook, Sudah Tersedia Untuk Sebahagian Pengguna

Diterbitkan Julai 24, 2022 oleh ariff bukhari

Meta hari ini mengumumkan 2 ciri tab baharu untuk platfom media sosialĀ  mereka iaitu Facebook dengan memperkenalkan ciri Home dan Feeds.

Meta menyatakan, Home adalah nama baru bagi tab pertama yang anda akan lihat apabila Facebook dibuka.

Meta Perkenal 2 Ciri Baharu Di Facebook, Sudah Tersedia Untuk Sebahagian Pengguna

Dari Home, anda akan lebih mudah mengakses Reels dan Stories serta mendapat syor yang khusus untuk anda.

Feeds pula merupakan cara baharu untuk anda mencari hantaran-hantaran terkini dari rakan-rakan, Favorites, Pages dan grup.

Meta Perkenal 2 Ciri Baharu Di Facebook, Sudah Tersedia Untuk Sebahagian Pengguna

Malah anda juga boleh menyenaraikan FavoritesĀ dari rakan dan Pages yang paling anda suka dan menapis kandungan terus dari tab Feeds baharu ini.

Sebahagian pengguna akan dapati kedudukan tab Feeds berada di bahagian bawah aplikasi Facebook seperti pengguna peranti iOS.

Manakala pengguna Android pula boleh lihat tab Feeds di bahagian atas aplikasi Facebook.

Meta memaklumkan, perubahan ini akan ditawarkan kepada lebih ramai pengguna Facebook di seluruh dunia secara berperingkat pada minggu hadapan.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY