Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple car play

Model Honda Accord Terdahulu Dinaik Taraf, Sokong Ciri Wayarles Apple CarPlay Dan Android Auto

Diterbitkan Februari 6, 2024 · Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pemilik model-model kereta Honda Accord terdahulu kerana Honda kini menawarkan peningkatan ciri yang membolehkan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar digunakan dalam kereta Honda anda.

Inisiatif baharu ini adalah sebahagian daripada usaha kemampanan syarikat itu untuk memaksimumkan nilai seumur hidup kenderaan Honda dalam pasaran dengan menawarkan peningkatan dan perkhidmatan digital baharu.

Peningkatan yang dipasang ini tersedia khusus untuk model Accord keluaran 2018-2022 di AS yang asalnya dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto berwayar sahaja, membolehkan akses bersepadu wayarles kepada aplikasi telefon pintar, muzik, navigasi dan pembantu suara.

Model Honda Accord Terdahulu Dinaik Taraf, Sokong Ciri Wayarles Apple CarPlay Dan Android Auto
Honda Accord 2018. Kredit: CNET

Peningkatan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar ini boleh dipasang di mana-mana pengedar Honda yang sah, dengan harga runcit cadangan pengeluar (MSRP) berharga $112 (~RM533).

Peningkatan ini akan dipasang tanpa caj tambahan pada mana-mana model Accord yang layak yang dijual sebagai kenderaan Pra-Milik Honda Certified.

Berkaitan

  • Penggunaan iOS 17 Lebih Perlahan Berbanding iOS 16
  • Dell Perkenal Fon Kepala Terbaru Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM640
  • Cincin Pintar Samsung Akan Hadir Separuh Kedua 2024

Sumber: Honda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY