Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook ads

Facebook Ads Diboikot Syarikat-Syarikat Ternama

Posted on Jun 28, 2020Jun 28, 2020

Facebook sudah kerugian lebih daripada USD7 bilion dalam tempoh 3 bulan tahun ini kerana diboikot.

Mark Zuckerberg dilaporkan telah mengalami kerugian sebanyak USD7.2 bilion selepas firma-firma ternama seperti Unilever, Verizon dan Coca-Cola telah memboikot Facebook.

Ia berikutan syarikat-syarikat tersebut tidak lagi menggunakan servis iklan facebook bagi mempromosikan produk mereka di platfom sosial media itu.

Tindakan tersebut dibuat selepas Facebook didakwa tidak bersungguh menghalang penyebaran berita palsu serta ucapan berbentuk hasutan khususnya yang dibuat oleh ahli-ahli politik di platfom mereka.

Firma Unilever yang merupakan antara pelanggan terbesar Facebook sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan mempromosikan produk mereka sekaligus tidak menggunakan perkhidmatan Facebook Ads sepanjang tahun ini.

Manakala firma Coca-Cola pula yang turut menyertai boikot ini menyatakan bahawa mereka akan memberhentikan sementara iklan berbayar di platfom media sosial itu sekurang-kurangnya untuk tempoh 30 hari.

Setakat ini, syarikat Honda Amerika dan Hersheys juga turut mengumumkan boikot mereka terhadap servis Facebook Ads.

https://twitter.com/HondaInclusion/status/1276592835853193217?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1276592835853193217&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theverge.com%2F2020%2F6%2F26%2F21305065%2Fcoca-cola-pause-ads-facebook-social-platforms-july-boycott

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress