Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Wi-Fi 7 Dijangka Hadir Seawal Separuh Kedua 2024

Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Wi-Fi 7 Dijangka Hadir Seawal Separuh Kedua 2024

Diterbitkan September 21, 2022 · Dikemas kini September 21, 2022 oleh Amalina Athman

Telefon pintar pertama dengan sokongan Wi-Fi 7 mungkin hadir seawal separuh kedua bagi tahun 2024, menurut laporan DigiTimes.

Melalui Wi-Fi 7, ia mampu menggunakan saluran tunggal 320MHz yang menyokong teknologi 4K quadrature amplitude modulation (QAM), sekali gus memberikan kelajuan sehingga 2.4 kali ganda lebih pantas berbanding Wi-Fi 6 dengan bilangan antena yang sama.

Berkaitan

  • Qualcomm Perkenal Wi-Fi 7 - Internet Lebih Pantas Dan Lebih Pintar
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Terdahulu, Wi-Fi 6 menampilkan kelajuan sehingga 9.6Gbps dan Wi-Fi 5 dimaksimumkan pada 3.5Gbps. Sementara itu, DigiTimes menyatakan bahawa setelah Wi-Fi 7 dilancarkan pada peranti kelak, Wi-Fi 6E pula boleh dianggap sebagai “hanya teknologi peralihan”.

Untuk Wi-Fi 7, ia akan diutamakan kepada penghala dan komputer riba terlebih dahulu, sebelum hadir pada telefon pintar. Januari lalu, MediaTek telah mendemonstrasi Wi-Fi 7, sementara Intel pula menyatakan mereka merancang untuk menggunakan Wi-Fi 7 dalam komputer riba PC menjelang 2024, dengan teknologi itu muncul di pasaran utama pada 2025. Qualcomm juga sedang mengusahakan pilihan cip Wi-Fi 7 yang dijangka muncul dalam jangka masa yang sama.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY