Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Wi-Fi 7

Qualcomm Perkenal Wi-Fi 7 – Internet Lebih Pantas Dan Lebih Pintar

Diterbitkan Mac 1, 2022 oleh Amsyar Latif

Selain mengumumkan modem 5G Snapdragon X70, Qualcomm turut memperkenalkan platform FastConnect 7800.

Kata Qualcomm, teknologi mereka ini merupakan penyelesaian baharu yang menyokong Wi-Fi 7 meskipun standard piawaian untuk rangkaian itu belum rasmi tetapi ia akan jadi standard baharu buat peranti menjelang 2024.

Jadi, apakah itu Wi-Fi 7?

Wi-Fi 7 sebenarnya akan mempertingkatkan lagi bandwith yang sekaligus internet dapat dicapai 60% lebih pantas berbanding generasi terdahulu dengan kelajuan sehingga 5.8Gbps menerusi saluran tunggal 320Mhz.

Selain itu, FastConnect 7800 ini menampilkan ciri baharu yang digelar High Band Simultaneous (HBS) Multi-Link yang akan memberikan latency kurang dari 2ms.

Qualcomm Perkenal Wi-Fi 7 – Internet Lebih Pantas Dan Lebih Pintar

Tambahan lagi, Wi-Fi 7 bakal memudahkan kebanyakan peranti menggunakannya nanti. Umum mengetahui, terdapat saluran 2.4 GHz, 5GHz dan 6GHz. Namun, peranti perlu memilih mahu menyambung rangkaian yang mana.

Qualcomm Perkenal Wi-Fi 7 – Internet Lebih Pantas Dan Lebih Pintar

Dengan teknologi Wi-Fi 7 akan datang, peranti sudah cukup bijak mahu pilih rangkaian mana satu. Oleh itu, masalah ‘trafik internet’ tidak berlaku lagi kerana mereka sudah tahu berkomunikasi antara satu sama lain.

Umpama anda sedang menaiki kenderaan untuk balik ke kampung tetapi lebuh raya yang biasa dilalui itu sedang mengalami kesesakan. Jadi, anda cepat bertindak dan pilih jalan lain.

Begitulah konsepnya.

Qualcomm Perkenal Wi-Fi 7 – Internet Lebih Pantas Dan Lebih Pintar

Walau bagaimanapun, FastConnect 7800 ini akan diuji terlebih dahulu mulai suku kedua tahun 2022 dan mungkin seawal tahun hadapan kita dapat melihat peranti dengan Wi-Fi 7.

Sumber: Qualcomm 1, Qualcomm 2

Baca juga:

  • Lagi Laju Dari WiFi 6, MediaTek Akan Lancar Peranti Dengan WiFi 7 Tahun Depan

  • ZTE Perkenal Peranti Android Pertama Sokong Fungsi Seperti MagSafe

  • 15 Mac Ini Mungkin Siri Xiaomi 12 Dilancar Buat Pasaran Global

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY