Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lagi Laju Dari WiFi 6, MediaTek Akan Lancar Peranti Dengan WiFi 7 Tahun Depan

Lagi Laju Dari WiFi 6, MediaTek Akan Lancar Peranti Dengan WiFi 7 Tahun Depan

Diterbitkan Januari 20, 2022 oleh Amsyar Latif

Kebanyakan peranti masa kini, kesemuanya hadir dengan teknologi rangkaian WiFi 6. Namun, selepas ini kita sudah bergerak ke arah rangkaian lebih baik, iaitu WiFi 7.

Bukan lagi satu spekulasi, MediaTek kini sudah pun mengumumkan dan mendemonstrasi teknologi WiFi 7. Teknologi ini adalah naik taraf daripada WiFi 6 dan dikatakan ia menawarkan kelajuan 2.4 kali ganda.

Lagi Laju Dari WiFi 6, MediaTek Akan Lancar Peranti Dengan WiFi 7 Tahun Depan

WiFi 7 mampu memberikan kelajuan sebegitu kerana ia menggunakan saluran 320MHz walaupun mempunyai jumlah antena yang sama. Selain itu, ia turut menyokong teknologi 4K quadrature amplitude modulation (QAM), multi-user resource unit (MRU) dan hadir dengan frekuensi 2.4GHz, 5GHz dan 6GHz.

Dengan ini, WiFi 7 adalah teknologi yang akan digunapakai rumah pintar, industri, permainan video AR/VR, permainan video awan, panggilan 4K, penstriman 8K dan banyak lagi.

Menurut MediaTek, mereka merancang untuk memperkenalkan peranti yang hadir dengan WiFi 7 ini seawal tahun 2023 nanti.

Sumber: xda, talkandroid

Baca juga:

  • Ini Baru Betul, Samsung Ada ‘Remote’ TV Yang Boleh Dicas Guna Router WiFi

  • Di Singapura 5G Hampir 50% Lebih Laju Daripada WiFi

  • 5 Router Terbaik Untuk Wifi Rumah Anda

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY