Telefon Pintar Huawei Dengan Sistem Operasi HarmonyOS 2.0 Bakal Tiba Tahun Hadapan

Huawei pada tahun lepas telah mengumumkan sistem perisian HarmonyOS yang dibangunkan untuk penggunaan peranti pintar.

HDC 2020: HarmonyOS/HongmengOS smartphone to launch in early 2021 - Huawei Update

Mereka walau bagaimanapun pada ketika itu tidak berhasrat untuk menggunakannya untuk telefon pintar.

Disebabkan tekanan makin melampau dari Amerika Syarikat, kelihatannya Huawei terpaksa juga menggunakan HarmonyOS ini pada telefon pintar mereka.

Hari ini di China, Huawei telah memperkenalkan HarmonyOS 2.0 pada acara tahunan Huawei Developer Conference (HDC) 2020.

CEO Huawei iaitu Richard Yu telah mengesahkan bahawa Huawei akan memperkenalkan telefon pintar dengan HarmonyOS 2.0 pada tahun 2021 nanti.

huawei harmonyos smartphones 2021

Beliau menambah pada versi awal HarmonyOS 2.0, ia hanya menyokong peranti pintar dengan RAM kecil 128KB ke 128MB sahaja. Untuk April 2021 kelak, sokongan RAM lebih besar sehingga 4GB.

Akhirnya pada Oktober 2021, sokongan lebih besar melebihi 4GB RAM akan dilepaskan.

huawei harmonyos smartphones 2021 roadmap

Sehubungan dengan itu, telefon pintar HarmonyOS mungkin disasarkan untuk kelas permulaan atau pertengahan sahaja dengan RAM bawah 4GB untuk fasa awal ini.

Untuk makluman, HarmonyOS bukanlah berasaskan Android sebaliknya sistem perisian sumber terbuka yang berdiri dengan sendiri.

Huawei turut berharap syarikat lain turut menggunakan sistem perisian HarmonyOS ini disebabkan ia merupakan platform sumber terbuka.

Nampkanya pada tahun hadapan, kita mungkin melihat telefon pintar HarmonyOS akan bersaing dengan Android yang mewujudkan segmen pasaran sistem operasi yang menarik.

Berkaitan