Telefon Pintar Dengan Ciri Projektor Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Telefon dengan kebolehan menyalurkan paparan yang lebih besar atau projektor telah diperkenalkan sejak 2008 lagi. Dimulakan dengan Logic Bolt V1.0, ia dituruti dengan beberapa model selepas itu termasuklah LG Expo dan juga Samsung Beam.

Terkini, Scand.a, sebuah telefon pintar yang dilengkapi dengan fungsi projektor sudah diperkenalkan ke dalam pasaran negara.





Peranti ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.5 inci, dipacu oleh cip pemprosesan MTK6753, beserta gandingan memori RAM 3GB dan storan 64GB, juga mempunyai sokongan kad MikroSD.

Ciri projektor sudah tentu memerlukan kuasa yang lebih dan dengan itu, Scand.a dibekalkan bersama bateri berkapasiti 4,500mAh.

Bagi tetapan kamera, peranti yang boleh dikelaskan sebagai kelas pertengahan ini menawarkan lensa 13MP dibahagian belakang, dan 8MP untuk lensa swafoto dihadapan.



Nyahkunci skrin menggunakan sensor pengimbas cap jari dibahagian hadapan dan menjalankan sistem operasi Nougat 7.0.

Bagi yang berminat, pra tempahan sudah mula dibuka, manakala penawaran secara fizikal akan dibuat tidak lama lagi dan harga jualan adalah RM2488.



Sumber: WTN.Today