Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telefon Dengan Cip MediaTek Paling Power Akan Keluar Februari Depan

Posted on November 26, 2021

Walaupun diperkenalkan lebih awal berbanding pesaingnya, peminat nampaknya perlu menunggu sehingga ke tahun hadapan sebelum boleh merasai peranti yang dikuasakan oleh Dimensity 9000.

Cip keluaran MediaTek ini merupakan cip 4nm pertama didunia untuk telefon pintar dan disebut-sebut bakal memberi saingan hebat kepada cip andalan dari Snapdragon. Laporan terbaru menyatakan, sekiranya perancangan berjalan cip ini akan mula berada dipasaran telefon pintar sekitar Februari tahun hadapan.

Berlainan dengan Snapdragon, cip terbaru mereka iaitu Snapdragon 8 Gen 1 masih belum diumum rasmi lagi, tetapi kita sudah menerima perkhabaran, telefon dijana dengan cip ini akan tiba sekitar Disember ini.

MediaTek belum mendedahkan secara terperinci kemampuan cip Dimensity 9000 ini tetapi berdasarkan ujian penanda aras, ia dikatakan setanding dengan cip A15 Bionic dari Apple.

Sumber: MyDrivers

Baca juga:

  • Telefon Ini Anda Boleh Dapatkan Secara Percuma, Cuma Ikut Cara Ini
  • Tablet Harga RM1000 Terbaik Buat Anda
  • Menakutkan, Pengguna vivo X70 Dakwa Nampak Hauntu Guna Kamera Mod Malam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress