Zaman Covid-19 ini betul-betul menguji kita. Dari kesihatan, mental, sehinggalah kewangan, setiap orang ada masalah mereka sendiri. Bila kita lihat dengan skop yang lebih kecil, ada antara kita mungkin memerlukan telefon pintar baharu tetapi dalam masa yang sama memikirkan bil-bil lain yang perlu dibayar.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini, tidak kisahlah sama ada telefon itu untuk kegunaan sendiri, untuk diberikan kepada anak sebagai kelengkapan PdPR, ataupun untuk dihadiahkan kepada ibu bapa dikampung, terdapat sebuah model yang boleh dimiliki secara percuma.
Ditambah lagi dengan situasi sekarang yang mana rangkaian 3G sedia ada sudah mula ditamatkan secara berperingkat. Ini adalah masa terbaik untuk anda bertukar daripada telefon pintar lama kepada telefon yang menyokong rangkaian 4G kerana telefon-telefon yang kita akan ceritakan dibawah, menyokong rangkaian 4G.
Model apa yang percuma?
Bagi anda yang tertanya-tanya, tawaran percuma U Mobile ini melibatkan telefon pintar Samsung Galaxy A02. Telefon ini datang dengan RAM 3GB, storan sebesar 32GB (sokong memori sehingga 1TB) serta bateri berkapasiti 5000mAh yang cukup untuk penggunaan hingga hari kedua.
Dipasang dengan skrin 6.5 inci dari jenis LCD, Samsung Galaxy A02 turut dipersenjatakan dengan dua kamera belakang, 13MP+2MP serta kamera hadapan 5MP. Mengapa perlu keluarkan ratusan ringgit jika anda boleh dapatkan telefon pintar secara percuma bukan?
Ada lagi model lain yang boleh dipilih
Jika anda mahukan telefon dengan spesifikasi lebih tinggi, ada juga pilihan tersebut. Anda ditawarkan dengan potongan harga sehingga RM450. Model pertama adalah Samsung Galaxy A03s yang dijual pada harga RM559 tetapi boleh dimiliki pada nilai RM199 sahaja.
Ia didatangkan dengan RAM 4GB, storan 64GB, skrin 6.5 inci dengan resolusi HD+ dan kamera hadapan 5MP. Rakaman belakang pula digalas oleh tiga kamera terdiri daripada 13MP, 2MP dan 2MP.
Sebuah lagi model adalah OPPO A16 yang mempunyai dua variasi RAM 3GB/32GB dan RAM 4GB/64GB. Skrin paparan pula seluas 6.52 inci dan dibekalkan dengan bateri 5000mAh.
Kelengkapan kamera pula mempertaruhkan tiga kamera belakang, 13Mp, 2MP dan 2MP sementara bahagian hadapan pula disiap sediakan dengan lens
a 8MP. Dipasaran, telefon ini dinilaikan pada RM649 tetapi melalui tawaran ini, anda boleh dapatkanya hanya pada RM199.
Bagaimana untuk dapatkan tawaran menarik ini?
Anda boleh dapatkan tawaran telefon percuma ini di seluruh negara melalui pelan GX68 dari U Mobile. Ia merupakan pelan pascabayar yang menawarkan data berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan suara tanpa had dan data hotspot sebanyak 5GB.
Apa yang anda perlu tahu tentang pelan GX68?
Anda tidak terikat dengan sebarang kontrak apabila melanggan pelan GX68 ini. Jika anda merupakan pelanggan sedia ada U Mobile, usah risau kerana pelan ini terbuka kepada semua. Tidak kira anda pengguna sedia ada mahupun pengguna baru.
Apa lagi yang menarik tentang Pelan GX68?
Selain menawarkan tiga model telefon percuma, anda juga bakal menikmati pelbagai lagi nilai tambah menarik. Sesuai dengan keadaan kita yang mahu berjimat ketika ini. Jika anda melanggan pelan ini, anda tidak memerlukan sebarang kelulusan dan tiada bayaran pendahuluan untuk melanggannya.
Komitmen bulanan anda hanyalah RM68 sebulan dan apa yang anda bakal dapat adalah data tanpa had untuk semua kegunaan, internet berkelajuan tinggi, panggilan suara tanpa had untuk semua rangkaian, dan juga data hotspot yang boleh dikongsi sebanyak 5GB.
Ada lagi satu pelan lebih murah
Umum mengetahui kerajaan sudah bekerjasama dengan pengendali perkhidmatan dalam negara untuk menawarkan inisiatif Peranti Keluarga Malaysia. Melalui pelan KM40, anda boleh menikmati bayaran langganan RM40 sebulan dan juga Samsung Galaxy A02 secara percuma. Menariknya juga anda boleh dapatkan dua buah telefon ini secara percuma menerusi pendaftaran satu (1) kad pengenalan.
Pelan KM40 menyediakan data berkelajuan tinggi sebanyak 5GB, percuma data berkelajuan tinggi 365GB/tahun yang boleh ditebus melalui aplikasi MyUMobile dan UMB.
Anda juga boleh menang wang tunai RM500!
Ya sekarang kita bukan sahaja bercerita tentang pelan dengan telefon percuma, tetapi ada juga peluang untuk menang RM500. Apa yang perlu anda lakukan?
Sekarang ini, U Mobile dengan kolaborasi bersama stesen radio Era FM dan My FM ada mengadakan pertandingan Duet Challenge, menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500.
Bagaimana mahu sertai Era FM dan My FM Duet Challenge?
Duet Challenge ini sudahpun bermula pada 15 November 2021 dan bakal tamat pada 28 November 2021. Apa yang anda perlu lakukan adalah;
- Ikuti ERA di TikTok dan Instagram serta MY di TikTok dan Instagram, tonton video dan berduet dengan penyampai radio
- Jangan lupa letak hashtag #DuetWithU dan #UMobileERADuet(untuk duet dengan ERA) atau #UMobileMYDuet (untuk duet dengan MY) dan setkan profil korang sebagai ‘public’.
@era.je Nak menang RM500? Jom join @umobile ERA Duet Challenge. Cuma post DUET video dengan hashtag #DuetwithU #UMobileERADuet #UMobile #ZeroRinggitPhone ♬ original sound – ERA
Klik untuk tonton video di era FM
@myhaowan #ad 快参加@umobile MY Duet Challenge,赢500令吉现金奖!完成Duet上载你的IG或TikTok,把Profile设为Public,#DuetwithU 和 #UMobileMYDuet !截止日期为11月28日! #UMobile #ZeroRinggitPhone ♬ original sound – MY
Klik untuk tonton video di MY FM
Sebanyak 5 penyertaan kreatif dari Era FM dan 5 penyertaan kreatif dari My FM akan layak memenangi hadiah wang tunai RM500. Ini menjadikan 10 pemenang akan terpilih untuk merebut hadiah terkumpul berupa wang tunai RM5,000 yang disediakan. Apa lagi, kalau anda rasa anda mampu buat video duet yang kreatif, mari sertai Duet Challenge ini.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran telefon percuma dan pelan GX68 serta KM40 boleh lawati laman rasmi U Mobile ini.
Kalau nak tahu lebih informasi tentang Duet Challenge, boleh ikuti ERA di TikTok dan Instagram serta MY di TikTok dan Instagram.
*Artikel ini dibawakan oleh U Mobile