Menakutkan, Pengguna vivo X70 Dakwa Nampak Hauntu Guna Kamera Mod Malam

Seorang pengguna vivo X70 mendakwa telah menangkap gambar sosok hantu menakutkan menggunakan ciri mod malam ketika beliau sedang menemani rakannya di The Linc, Kuala Lumpur. Lelaki itu yang lebih gemar dikenali sebagai Bangman, menemani rakannya berkunjung ke satu tempat bernama Hauntu! -Kira hantu jugak la kan, cuma bukan hantu betul


Hauntu adalah rumah hantu interaktif yang mengetengahkan konsep secara penceritaan melalui persembahan teater dan lakonan. Hauntu juga membawakan beberapa pilihan jalan cerita kepada pengunjung antaranya yang sedang ditawarkan pada musim Hollowen ini adalah The Tourist dan The Investigator. Kepada yang berkunjung ke sana, sudah pasti anda perlukan kamera yang mampu ambil gambar malam yang cerah bukan? Ya, inilah yang saya cuba sampaikan sebenarnya.

vivo berkerjasama dengan Hauntu untuk mengetengahkan keupayaan kamera Zeiss pada vivo X70 dengan ciri Real-Time Extreme Night Vison yang turut dibantu dengan Gimbal Stabilizer dan juga HD Night Portrait, menghasilkan gambar yang jelas dan terang ketika berada di dalam kegelapan. vivo X70 ini mampu menyuluh hidup anda menjadi terang supaya anda tidak menjadi manusia berperangai seperti hantu.

Menang Hadiah Menarik Bergambar Dengan Hantu


Kepada yang berminat untuk ke sana, pertama jangan lupa ajak kami sekali dan kedua, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik selepas anda dirasuk dengan hantu-hantu disana. Caranya mudah sahaja, anda perlu mengambil gambar bersama 'Brother',baik orangnya di satu lokasi yang telah disediakan. Kemudian, muat naik ke sosial media bersama #vivoHauntu #vivoMY #vivoX70series. Pastikan akaun anda di tetapkan kepada 'public', jika anda letak 'private' siapa nak bagi hadiah?


Pemenang pertama dengan gambar paling kreatif akan memenangi sebuah vivo X70 dan wang tunai sebanyak RM300. Hadiah tempat kedua adalah kad diskaun 40% Bearbrik Pogola dari MOD city dan RM200 dan terakhir gelang tangan pintar M5 dan juga wang tunai RM200. Pastikan anda tempah tiket ke Hauntu dari 31 Oktober sehingga 14 November 2021. Jika anda ke sana lebih pada tarikh ini, besar kemungkinan anda jumpa hantu betul!


Berminat?

Siri vivo X70 untuk pasaran Malaysia ditawarkan dalam dua model, vivo X70 dan vivo X70 Pro. Masing-masing dijual pada tanda harga RM2499 dan RM3299.

Sekiranya anda berminat, anda boleh belinya menerusi laman rasmi vivo Malaysia, Shopee, Lazada atau pengedar yang sah.

Beli siri vivo X70 di:

Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia

 

Baca juga

Sertai Cabaran Tiktok Untuk Peluang Menang vivo X70 Pro


Diskaun Sehingga RM1200 Apabila Beli Telefon vivo Dari Lazada


Apple Kena Kurangkan Penghasilan iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit