Kalau kita lihat beberapa tahun lepas, pasaran tablet dunia semakin menurun. Sebab apa? Sebab ramai rasakan telefon pintar sudah cukup. Kalau nak paparan lebih besar, terus saja guna laptop. Itu matematik mudahnya. Tetapi sejak Covid 19 melanda, pasaran yang suatu ketika dahulu agak suram kini kembali meriah.
Berlambak-lambak model baharu diperkenalkan. Macam lewah pula bila cakap berlambak. Tetapi disini kita dapat lihat, semakin banyak model baharu muncul dipentas pengenalan. Tidak kurang juga dari pengeluar lain yang mencuba nasib dalam pasaran yang semakin mendapat perhatian ini.
Ambil contoh seperti realme dengan tablet pertama dari mereka, realme Pad. Ya, anda mungkin agak skeptikal kerana kita boleh cakap realme ini jenama yang masih ‘hijau’ lagi bila dibandingkan dengan pengeluar lain. Dalam pasaran telefon pintar mereka sudah ada asas yang kukuh, cukup meriah dengan pelbagai model dari murah hingga ke premium.
Namun mengapa pula terjun ke pasaran tablet? Adakah semata-mata mahu menyusur arus keghairahan pengguna yang mahukan tablet? Atau mereka benar-benar mahu melabuhkan sauh dihati pengguna dengan spesifikasi dan prestasi yang baik? Bagi menjawab persoalan ini, mari kita rungkaikan kehadiran realme Pad ini satu persatu.
1. Paparan yang mempersonakan
Dipasang dengan paparan dari jenis WUXGA+, realme nyatakan ia adalah satu-satunya tablet pada julat harga bawah RM800 yang hadir dengan skrin seperti itu.
Panel yang menyokong resolusi sehingga 2000 x 1200 ini berkeluasan 10.4 inci mampu menyajikan perincian yang kelihatan tajam dan terang. Sudut pandangnya juga bagus.
2. Sistem audio empat pembesar suaran sokongan Dolby Atmos
Kebanyakan penggunaan tablet lebih terarah kepada hiburan. Jikalau audio ke laut, bagaimana mahu terhibur? Oleh itu, realme Pad disediakan dengan sistem empat pembesar suara yang didokong oleh Dolby Atmos.
Audio yang dilontar keluar dari tablet ini cukup untuk memenuhi ruang kecil menjadikan sesi tontonan filem atau drama lebih mengasyikan. Ditambah pula dengan keberadaan Dolby Atmos dan pengiktirafan Hi-Res, ia menjadikannya lebih lunak didengar. Sekali lagi, untuk paras harga jualan bawah RM800, agak sukar untuk mencari kelengkapan sistem audio sebegini.
Anda perlukan privasi? Usah risau, sodok saja fon telinga berwayar anda ke bicu audio 3.5mm dan layanlah rancangan kegemaran anda seorang diri.
3. Tubuhnya ramping
Hidup di zaman moden ini memerlukan kita banyak bergerak. Bukanlah kita nak katakan tablet lain payah untuk diusung ke sana ke mari, tetapi apa yang difikirkan realme adalah pengalaman penggunaan.
realme Pad tampil ramping, berketebalan 6.9mm dengan berat 440g, ia bukanlah beban untuk kita memegangnya dalam tempoh masa yang panjang.
Tidak pula sukar untuk diselitkan didalam tas tangan mahupun beg sandang. Tidak langsung memakan ruang simpanan yang banyak. Diserikan lagi dengan rekaan yang minimalis tetapi masih mengekalkan ciri-ciri premium, anda boleh pilih dua warna menawan antara real Gold atapun real Grey.
4. Cukup tenaga untuk bertahan lebih sehari
Gaya hidup sibuk mungkin menyebabkan kita sering kali terlupa untuk menyuapkan kuasa kepada peranti. Namun usah risau kerana bekalan kuasa bateri dari bateri 7100mAh yang ada pada realme Pad mampu bertahan sehingga ke hari esok.
Berdasarkan ujian makmal yang dijalankan oleh pengeluar, realme Pad berupaya memberikan tempoh 12 jam untuk tonton video sementara 65 hari semasa dalam mod standby. Terdapat juga fungsi pengecasan berbalik. Ini membawa maksud, realme Pad boleh salurkan kuasa bateri kepada peranti lain. Bahasa mudahnya, ia seperti powerbank.
Bagi isian semula, anda akan menerima pengecasan pantas 18W. Lebih kurang 1 jam, bateri berkapasiti besar ini sudah penuh untuk dikerah kembali tenaganya.
5. Larat ke layan game?
Mengapa pula tidak? Dijana dengan Helio G80, cip pemprosesan ini mampu menghamburkan kuasa CPU sehingga 30% lebih tinggi daripada generasi cip sebelumnya. Selain itu kemampuan GPU-nya turut dipertingkatkan sehingga 20% berbanding keluaran terdahulu.
Kombinasi kedua-dua ini memberikan anda pengalaman gaming yang lebih lancar dan baik, tanpa mengira jenis permainan pun. Sama ada yang memerlukan grafik berat mahupun sekadar permainan susun gula-gula hingga meletup.
Adakah realme Pad sesuai untuk hiburan, pembelajaran atau kerja?
Jikalau anda teliti sejak dari awal, kita boleh simpulkan secara ringkas bahawa realme Pad sesuai untuk digunakan untuk mana-mana aktiviti anda. Baik hiburan, pembelajaran dalam talian mahupun untuk tugasan pejabat yang ringan.
Melalui spesifikasi yang disediakan pada tablet ini, kita boleh katakan ia sudah memadai dengan gaya penggunaan seharian kita. Sepadanlah dengan harga jualannya.
Dimana boleh beli?
Tahniah kerana anda berjaya baca sampai ke sini, bermaksud anda mungkin sedang mempertimbangkan realme Pad sebagai tablet yang bakal dimiliki. Sebagai maklumat tambahan, realme Pad mempunyai empat variasi tawaran iaitu…
…akan tetapi, anda boleh dapatkannya lebih murah pada hari jualan pertama yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu 11 November 2021. Model dengan konfigurasi RAM 3GB dan storan 32GB (WiFi & LTE) bakal dijual pada nilai RM799 serta RM849 sahaja.
Sekiranya anda tidak mahu lepaskan peluang potongan harga ini bolehlah mula add to cart realme Pad sekarang di kedai rasmi realme Malaysia Shopee (klik sini).
*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia