Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mediatek dimensity 9000 1 (2)

MediaTek Dakwa Prestasi Dimensity 9000 Setanding Cip Apple A15

Diterbitkan November 22, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

MediaTek baru saja mengumumkan kelahiran cip terbaru mereka, Dimensity 9000 dan sejak itu banyak diperbual di merata ceruk digital. Ia adalah cip paling berkuasa daripada MediaTek setakat ini. Ia dilaporkan 35% lebih berkuasa berbanding Snapdragon 888 sama ada dari segi prestasi keseluruhan mahupun kemampuan grafik.

Berdasarkan aplikasi penanda aras, MediaTek mendakwa cip 4nm mereka ini secara kasarnya setanding Apple A15 dengan markah melebihi 4,000. Pun begitu, MediaTek tidak mendedahkan perbandingan dari aspek lain atau lebih lebih terperinci.

MediaTek turut mengatakan prestasi kecerdasan buatan (AI) pada Dimensity 9000 adalah lebih baik daripada Google Tensor. Ini agak mengejutkan kerana Google Tensor adalah cip paling berkuasa setakat ini untuk prestasi AI pada telefon.

MediaTek berkata prestasi AI cip terbaru ini 66% lebih baik daripada iPhone 13 dan 16% lebih baik berbanding Google Tensor.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran Snapdragon 898 atau 8 Gen 1 tidak lama lagi untuk melihat pertempuran antara cip-cip andalan ini.

Sumber: PCMag

Baca juga:

  • MediaTek Kini Antara Pengeluar Cip Terbesar Di Dunia
  • Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan
  • Amerika Syarikat Halang Intel Tingkatkan Pengeluaran Cip di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY