Ura-Ura Rekaan Xiaomi 12 Ultra Dan Spesifikasi

Minggu lalu anda mungkin sudah terbaca berita mengenai Xiaomi menjalin kerjasama dengan Leica. Namun begitu, belum ada lagi pencerahan terperinci mengenai apa yang bakal dihasilkan dan desas-desus mengaitkannya dengan siri akan datang iaitu Xiaomi 12.

Siri baru itu dikhabarkan bakal hadir memeriahkan pasaran telefon pintar tahun 2022 dan mempunyai beberapa variasi model. Ada Xiaomi 12 Mini, Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro, Xiaomi 12 Ultra. Tak cukup dengan itu, ura-ura juga menyatakan ada model lebih 'ringan' seperti Xiaomi 12 Lite, Xiaomi 12 Lite Zoom dan Xiaomi 12T. Tujuh model dalam satu siri, meriah kan?

Berbalik kepada kerjasama dengan Leica tadi, Parvez Khan (Technizo Concept) telah menghasilkan grafik bagaimana yang memberi bayangan bagaimana kolaborasi antara kedua-dua jenama besar ini akan dijelmakan dalam bentuk telefon.



Perlu diingat, ini hanyalah gambaran sahaja. Mungkin sama, mungkin akan berlainan dari apa yang bakal kita lihat nanti. Menerusi imej rekaan konsep yang dihasilkan itu, seperti biasa bonggol besar tak boleh bawa bincang berada dibahagian atas. Sebagai pengganti terus kepada Mi 11 Ultra, resepi sama mungkin dibawakan pada edisi kali ini.

Modul pada panel belakang tersebut dihuni dengan tiga kamera yang mungkin terdiri daripada kamera lebar, ultra lebar dan telefoto. Terdapat juga penjenamaan Leica serta '120X', membawa maksud kemampuan zoom sehingga 120x.



Peletakan kamera pun dilihat lebih seragam dan tersusun disamping skrin kecil disebelahnya. Skrin itu juga kelihatan lebih besar daripada model terdahulu, untuk memudahkan pengguna melakukan komposisi gambar.

Sebagai bacaan ringkas untuk spesifikasi, Xiaomi 12 Ultra diramal menggunakan cip terbaru Snapdragon 8 Gen 1, MIUI 13 berasaskan Android 12, bateri 5000mAh, skrin 6.8 inci, resolusi QHD+, kadar segar semula 120Hz.

https://www.youtube.com/watch?v=9qynGceChk4&ab_channel=TechnizoConcept

Berkenaan pengecasan pantas pula, kita mungkin akan dihidangkan dengan nilai 200W serta 120W bagi kaedah cas tanpa wayar. Walaupun begitu, informasi ini semua belum rasmi lagi dan kemungkinan-kemungkinan ini bakal terjawab tahun hadapan sekitar Jun 2022.

Sumber: LetsGoDigital

Baca juga: