Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sah Jenama Qualcomm Dan Snapdragon Dipisahkan

Posted on November 23, 2021November 23, 2021

Sebelum ini kami telah melaporkan tentang desas-desus bahawa Snapdragon 898 akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen 1, seperti generasi cip Core di bawah Intel. Snapdragon kini sudah mempunyai lebih 2 bilion pengguna di seluruh dunia.

Antara perubahan yang diumumkan Qualcomm ialah pemisahan antara penjenamaan Qualcomm dan Snapdragon. Ini hanya terpakai untuk penjenamaan sahaja, ia tidak membawa maksud Snapdragon dijadikan entiti baru yang beroperasi sendiri.

Selain itu, nama generasi baru cip mereka juga akan menggunakan angka tunggal di hadapan dan diikuti nombor generasi seperti Snapdragon 8 gen 1.

Snapdragon Tech Summit akan berlangsung pada 30 November hingga 2 Disember kelak dan Snapdragon 8 Gen 1 dijangka akan dirasmikan dalam acara tersebut.

Sumber: Qualcomm

Baca juga:

  • Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan
  • Mungkin Ini CPU Dan GPU Yang Akan Diguna Snapdragon 898
  • Apple Akan Tingggalkan Qualcomm, Guna Modem 5G Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress