Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Rollable CES 2021

Telefon Boleh Gulung, LG Rollable Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Diterbitkan Januari 13, 2021 oleh Amalina Athman

LG telah memperlihatkan peranti konsep boleh gulung mereka menerusi acara CES 2021. Dinamakan sebagai LG Rollable, peranti ini dilengkapi paparan boleh gulung yang mempunyai keupayaan untuk mengubah saiz mengikut keperluan.

Terkini, jurucakap LG telah mengesahkan LG Rollable akan dilancarkan pada tahun ini. Nikkei Asia turut menyatakan LG menjalinkan kerjasama dengan syarikat BOE Technology Group bagi menghasilkan teknologi skrin boleh gulung berkenaan.

Sama seperti sebelumnya, pihak LG belum lagi mendedahkan teknologi atau saiz paparan yang digunakan bagi penghasilan telefon boleh gulung ini.

Terdahulu, LG menyatakan LG Rollable adalah peranti konsep yang merupakan sebahagian daripada eksperimen LG Explorer Project. Ia merupakan projek yang sama digunakan untuk melancarkan LG Wing.

Sumber: Nikkei Asia via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY