Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Rollable CES 2021

CES 2021: Rekaan LG Rollable Diperlihatkan, Hadir Dengan Paparan Boleh Gulung

Diterbitkan Januari 12, 2021 oleh Amalina Athman

OPPO pada acara OPPO INNO Day tahun lalu telah memperkenalkan peranti konsep OPPO X 2021 yang dibangunkan dengan panel OLED boleh gulung. Terbaru, LG pula telah memperlihatkan peranti boleh gulung mereka menerusi acara CES 2021 yang berlangsung secara digital pada tahun ini.

Dinamakan sebagai LG Rollable, peranti ini dilengkapi paparan boleh-gulung yang boleh mengubah saiz mengikut keperluan. Sebagai contoh, ia boleh mengubah dari saiz telefon kepada tablet yang kecil.

Pada masa ini, LG Rollable adalah peranti konsep yang merupakan sebahagian daripada eksperimen LG Explorer Project. LG belum lagi mendedahkan teknologi apa yang digunakan mereka serta saiz bagi paparan boleh gulung tersebut. Juga, masih belum jelas jika LG Rollable ini akan dikomersialkan.

Terdahulu, LG turut melancarkan LG Wing di bawah projek Explorer Project.

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY