Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (6)

LG Wing Dilancarkan – Dua Skrin Boleh Putar, Dijana Cip Snapdragon 765G

Diterbitkan September 15, 2020 · Dikemas kini September 15, 2020 oleh Amalina Athman

LG Wing, telefon pertama dari Explorer Project kini telah diperkenalkan secara rasmi. Peranti ini hadir dengan dua skrin dimana paparan utama boleh diputarkan sehingga 90° melalui mod swivel dan memperlihatkan skrin kecil di belakang paparan utama.

spesifikasi LG Wing

LG Wing dilengkapi skrin paparan utama 6.8 inci P-OLED dengan resolusi Full HD+ serta nisbah 20.5:9. Skrin kedua pula berukuran 3.9 inci G-OLED dengan Full HD+ dan nisbah 1.15:1.

Ia dijana cip pemproses Snapdragon 765G serta dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. LG Wing mempunyai imbasan cap jari di sebalik paparan, kapasiti bateri 4000mAh dan menyokong pengecasan tanpa wayar serta mempunyai salutan kalis air.

LG Wing Dilancarkan – Dua Skrin Boleh Putar, Dijana Cip Snapdragon 765G
LG Wing Dilancarkan – Dua Skrin Boleh Putar, Dijana Cip Snapdragon 765G

Kamera swafoto dengan mekanisme pop-up memuatkan sensor 32MP. Sementara, di bahagian belakang pula mempunyai tetapan tri-kamera dengan 64MP utama, 12MP 120° sudut lebar untuk rakaman mod swivel dan 13MP sudut lebar bagi mod asas. LG Wing turut dilengkapi mod gimbal dengan 6 motion sensor.

Screenshot (2)
Screenshot (3)
Screenshot (4)
Screenshot (5)

Menerusi LG Wing, ia membolehkan dua aplikasi dibuka secara serentak dengan ciri hampir sama seperi split-screen. Antara senario penggunaan dwi-skrin ini termasuk menonton Youtube sambil menggunakan Maps atau Waze dan sebagainya.

spesifikasi LG Wing

Dengan rekaan seperti ini, ketahanan adalah perkara yang perlu diutamakan. Menurut LG, engsel yang terdapat pada peranti ini membolehkan skrin utama berputar menggunakan mekanisme Dual Spring, Dual Lock dan Hydraulic Damper.

Screenshot (23)

LG turut mendakwa peranti ini memenuhi sebanyak 9 piawaian MIL-STD-810G dan telah menjalani pelbagai ujian ketahanan termasuk ujian tekanan, ujian kejutan, ujian lenturan, serta sensor sentuhan dan sebagainya. Ketahanan engsel tersebut juga telah diuji lebih 200,000 kali.

spesifikasi LG Wing
spesifikasi LG Wing

LG Wing ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Aurora Gray dan Illusion Sky.

Buat masa ini, tiada pengumuman mengenai harga atau tarikh jualan rasmi LG Wing. Namun, peranti ini dijangka akan menemui pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY