Teknologi Kamera Baru Ini Bakal Bantu Kereta Pandu Sendiri Melihat Objek Yang Terselindung

Kereta pandu sendiri memerlukan kamera dan sensor untuk membolehkan ia kekal bergerak di jalan yang sepatutnya dan mengelak objek. Tetapi teknologi kamera sedia ada sedikit terbatas kerana ia tidak mampu "melihat" semua objek di setiap sudut lebih-lebih lagi objek yang terlindung.

Kini masalah itu boleh diatasi dengan teknologi kamera baru yang dihasilkan oleh MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory. Dengan menggunakan perubahan yang berlaku pada cahaya, teknologi kamera ini boleh menentukan sama ada terdapatnya halangan di sudut yang terhalang.

Seperti contoh, kereta pandu sendiri berada disimpang untuk membelok, dan terdapat pejalan kaki atau papan tanda sementara yang diletakkan di atas jalan, dengan kecanggihan teknologi ini kamera akan meneliti perubahan cahaya disekitar supaya ia dapat memastikan keadaan sekeliling adakah ia selamat untuk bergerak.

Buat masa sekarang, teknologi kamera ini berfungsi dengan baik dalam semua keadaan termasuk hari hujan tetapi akan untuk kawasan yang kurang cahaya atau tempat gelap.

Dibawah adalah video teknologi kamera itu sedang diuji.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=102&v=W6wzUMk9w-c

Sumber: Engadget