Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri iPhone 15

Tak Sampai 2 Bulan, iPhone 15 Dah Dijual Dengan Harga Diskaun Di China

Diterbitkan Oktober 24, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amalina Athman

Tidak sampai dua bulan selepas ia dilancarkan, platform e-dagang China termasuk JD.com, Pinduoduo dan Taobao mula menawarkan diskaun sehingga 1,501 yuan (~RM982) untuk siri iPhone 15, sempena jualan Double 11 di negara itu.

Berkaitan

  • Apple Kongsi Tips Beli iPhone Terpakai, Ini Senarainya
  • Berbanding Siri Terdahulu, iPhone 15 Paling Kurang Dapat Sambutan Di China
  • Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun

JD.com menawarkan iPhone 15 512GB dengan harga 7,498 yuan (~RM4,906), iaitu 1,501 yuan lebih rendah berbanding harga rasmi Apple. Namun, platform e-dagang itu mengatakan diskaun tersebut adalah selaras dengan strategi yang dilancarkan tahun ini dengan menawarkan harga rendah.

Sementara itu, iPhone 15 Pro Max 512 GB yang mempunyai tanda harga 11,999 yuan (~RM7,852) di kedai rasmi Apple, boleh dibeli pada harga 10,698 yuan (~RM7,001) di platform Taobao.

Seperti diketahui, Apple biasanya mempunyai kawalan ketat ke atas harga runcit produknya. Namun, untuk pasaran China, Apple kadangkala membenarkan penjual menawarkan diskaun bagi meningkatkan permintaan produknya.

Tambahan pula, penganalisis mengatakan jualan iPhone 15 tidak begitu mendapat sambutan di China berbanding pendahulunya. Menurut data awal Counterpoint Research pada minggu lalu, jualan siri iPhone 15 di China turun 4.5% berbanding iPhone 14 dalam tempoh 17 hari pertama selepas dilancarkan.

  • Beli produk Apple di Shopee: https://invl.io/clk4bu3
  • Beli produk Apple di Lazada: https://invol.co/clk4bu8

Sumber: Reuters via Yahoo News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY