Berbanding Siri Terdahulu, iPhone 15 Paling Kurang Dapat Sambutan Di China

Selepas rekod pra-tempah Apple dikeluarkan, data menunjukkan bahawa kadar jualan siri iPhone 15 di China lebih rendah daripada apa yang dijangkakan.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh Counterpoint, jualan siri iPhone 15 di China turun 4.5% berbanding generasi siri iPhone 14 dalam tempoh 17 hari pertama selepas dilancarkan. Penganalisis dari Jefferies Group menganggarkan penurunan mendadak sebanyak dua angka terhadap kadar penjualan.



Huawei dilaporkan mengatasi Apple dengan siri Mate 60 yang baru dikeluarkan dan penganalisis Jefferies percaya bahawa Huawei secara realistik mampu mengatasi Apple pada tahun 2024.

Pelancaran siri iPhone 15 juga dibelenggu oleh isu terlalu panas yang berkemungkinan menjadi asbab kadar penurunan permintaannya di China. Permintaan telefon pintar agak rendah bermula dari tahun 2022 merekodkan sejarah baharu.

{suggest}

Permintaannya menurun di bawah 300 juta unit buat kali pertama. Siri iPhone 15 mungkin bakal merekodkan jualan terendah sejak siri iPhone Xs 2018.

Penjualan siri iPhone 15 jatuh 4.5 peratus berbanding iPhone 14 dalam tempoh 17 hari pertama selepas dikeluarkan. Perkara tersebut bakal merekodkan sejarah terburuk iPhone di China sejak sekitar 2018, apabila nama tempatan seperti Oppo dan Vivo mula menambat hati pengguna di Asia.



Counterpoint menyatakan bahawa punca kemerosotan kadar penjualan siri iPhone 15 di China adalah disebabkan negara tersebut bergelut dengan kegawatan ekonomi pada pasca pandemik.

Berbanding di negara pengeluar Apple iaitu Amerika Syarikat, mereka mengalami peningkatan kadar penjualan sebanyak dua digit berbanding 2022 selepas sembilan hari pertama penjualan.

Perkara ini turut dipengaruhi dengan arahan kerajaan China yang melarang penggunaan iPhone oleh kakitangan awam dan agensi kerajaan sekali gus memberi dampak yang negatif terhadap penjualan iPhone di China.

Penganalisis telah meramal tentang kesan jangka panjang terhadap kadar penjualan iPhone di China yang merupakan pasaran telefon pintar terbesar di dunia. Ramai penganalisis berpendapat bahawa Huawei bakal menamatkan dominasi Apple di pasaran telefon pintar.



Counterpoint menganggarkan syarikat Huawei itu mampu menjual 5 juta hingga 6 juta unit Mate 60 Pro sahaja dalam tahun ini. Penganalisis menganggarkan ia boleh meningkat kepada dua digit pada 2024. Perkara tersebut bakal merubah tahap penguasaan iPhone dalam pasaran telefon pintar di China.

Beli Apple iPhone di Shopee - https://invl.io/cljwuif





Beli Apple iPhone di Lazada - https://invol.co/cljwuig




Sumber: GSMArena Financial Review