Tak Masuk Akal, Telefon Lipat Honor Mungkin Lagi Mahal Dari Samsung

Boleh dikatakan, pasaran telefon boleh lipat buat masa sekarang didominasi oleh Samsung. Walaupun beberapa jenama lain sudah mula menawarkannya tetapi banyak faktor perlu diambil kira untuk mengetahui siapakah yang layak menerajui pasaran telefon sebegini.

Selain sistem operasi, harga juga memainkan peranan yang amat penting. Sebagai contoh, Samsung Galaxy Z Flip3 dijual pada harga permulaan RM3999. Manakala Huawei P50 Pocket pula sekitar RM5900 di pasaran China.

Beralih pada jenis 'fold', harga permulaan Samsung Galaxy Z Fold3 buat pasaran tempatan ialah RM6699. Peranti yang agak matang dari Samsung ini juga boleh dikatakan murah berbanding pesaingnya lain seperti Mate X2 atau Mi Mix Fold.

Seperti yang diketahui, satu lagi pencabar bagi telefon boleh lipat bakal hadir pada 10 Januari ini, iaitu Honor Magic V. Telefon lipat pertama yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 1 ini nampaknya bukanlah murah.



Ini kerana berdasarkan gambar yang didedahkan @whylab, terdapat dua varian bagi Honor Magic V. Pertama, 12GB RAM dan 128GB storan. Kedua, varian 12GB RAM dan 512GB storan. Masing-masing berharga 13999 yuan (~RM9243) dan 14999 yuan (~RM9903).



Walaupun harganya untuk pasaran China murah sedikit berbanding pesaingnya tetapi masih mahal dari Samsung. Jika benar Honor mahu bersaing, mereka perlu mengurangkan lagi harganya.

Sekiranya diikutkan, OPPO Find N merupakan telefon boleh lipat yang mirip Z Fold3 paling murah di mana OPPO menawarkannya pada tanda harga bermula 7688 yuan (~RM5089).

Sumber: weibo

Baca juga: