Tahun 2021 adalah antara tahun yang menarik untuk banyak peminat telefon pintar. Pelbagai jenis telefon dikeluarkan pada tahun lepas dengan teknologi yang menarik seperti kamera dalam paparan, skrin boleh digulung dan banyak lagi. Walaubagaimana setengah peminat banyak menafikan bahawa kebanyakkan teknologi baru ini semuanya hanya sekadar gimik. Untuk senarai aku kali ini, aku nak senaraikan 5 telefon yang menarik tetapi malang sekali tidak memasuki pasaran Malaysia.
5. Oneplus 9R
Semasa siri Oneplus 9 dilancarkan secara global, OnePlus memperkenalkan OnePlus 9 Pro, OnePlus 9 dan OnePlus 9R. Tetapi apabila siri ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia, hanya dua model sahaja ditawarkan kecuali model 9R.
Agak pelik juga kenapa OnePlus Malaysia tidak mempertaruhkan telefon ini ke pasaran Malaysia. Kalau kita tengok spesifikasinya, bagi aku model ini agak menarik juga kalau dibandingkan dengan OnePlus 9.
Dari segi spesifikasi Oneplus 9R mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Oneplus 9. Ia mempunyai saiz skrin yang sama, tetapi untuk cipset yang digunakan ia dipersenjatakan dengan Snapdragon 870 berbeza dengan Oneplus 9 yang menggunakan Snapdragon 888. Tetapi yang membuatkan aku sedikit teruja adalah penyertaan ciri OIS pada model 9R. OnePlus tidak ada OIS.
Spesifikasi
- Snapdragon 870
- Saiz Skrin 6.55 inci
- Fluid AMOLED
- Resolusi 1080p
- 120Hz Kadar Segar semula
- 48Mp Kamera Utama ( OIS ), 16Mp Kamera Ultra Lebar 123˚, 5Mp Makro, 2MP Monochrome
- Bateri 4500mAh ( 65W )
4. Redmi K40 Gaming Edition/ POCO F3 GT
Redmi 40 Gaming edition atau nama pasaran globalnya iaitu POCO F3 GT, sejujurnya ini adalah antara telefon yang aku jangka masuk malaysia. Tetapi, pada akhirnya yang masuk pasaran malaysia ialah POCO X3 GT.
Walaupun kedua-dua telefon ini menggunakan cipset yang hampir sama iaitu Mediatek Dimensity 1100 dan Dimensity 1200, tetapi ada perbezaan yang ketara dari spesifikasi yang lain, sebagai contoh POCO F3 GT menggunakan skrin jenis AMOLED dengan 120Hz kadar segar semula, manakala untuk POCO X3 GT ia menggunakan skrin IPS LCD dengan 120Hz kadar segar semula.
Selain itu, satu fungsi yang unik hadir pada POCO F3 GT ini adalah ia mempunyai butang fizikal. Jadi kalau anda peminat game FPS ataupun Battle royale, butang fizikal ini akan memudahkan anda untuk menembak.
Spesifikasi
- Mediatek Dimensity 1200
- Saiz Skrin 6.67 inci
- AMOLED
- Resolusi 1080p
- 120Hz kadar segar semula
- 64Mp Kamera Utama, 8Mp Kamera Ultra Lebar 120˚, 2Mp Makro
- Bateri 5065mAh ( 67W )
3. OnePlus Nord 2
Lagi satu telefon dari OnePlus iaitu OnePlus Nord 2. Walaupun sebelum ini OnePlus Nord yang pertama memasuki pasaran Malaysia tetapi untuk penggantinya, sampai sekarang tidak kunjung tiba.
Dari segi spesifikasi OnePlus Nord 2 memang sebuah penambah baikan yang agak besar berbanding Nord sebelum ini. OnePlus Nord 2 menggunakan Dimensity 1200 dimana ia adalah sebuah cipset andalan dari Mediatek. Walaupun begitu telefon ini masih dipasarkan sebagai telefon kelas pertengahan.
Selain itu, OnePlus Nord 2 kini datang dengan pembesar suara jenis stereo dimana Nord sebelum ini hanya menggunakan pembesar suara Mono sahaja. Jadi OnePlus Nord 2 memang sebuah telefon kelas pertengahan yang padu tapi malang sekali tidak masuk pasaran Malaysia.
Aku sendiri agak pelik kenapa OnePlus Malaysia tidak memperkenalkan model ini di pasaran Malaysia, disebaliknya mereka menawarkan model yang tiada siapa minta pun seperti OnePlus Nord CE dan OnePlus Nord N10.
Spesifikasi
- Mediatek Dimensity 1200
- Saiz Skrin 6.43 inci
- AMOLED
- Resolusi 1080p
- 90Hz Kadar segar semula
- 50Mp kamera utama, 8Mp Kamera ultra lebar 119˚, 2Mp Kamera Monochrome
- Bateri 4500mAh ( 65W )
2. realme GT
Kepada anda semua yang rasa realme GT masuk Malaysia, tengok semula mana-mana kedai rasmi di Lazada atau Shopee dan lagi satu tiada khabar rasmi bahawa telefon ini dilancarkan di pasaran Malaysia.
Ramai pengguna terkeliru, beranggapan realme GT Master Edition adalah model sama seperti realme GT, tetapi sebenarnya ia adalah variasi berlainan yang dilancarkan di pasaran Malaysia. Selain itu, realme juga pada bulan lepas melancarkan realme GT Neo 2.
Jadi disini ramai pengguna agak keliru dengan penamaan realme sendiri. Tetapi untuk realme GT yang asal, ia jauh lebih berkuasa kerana ia menggunakan cipset andalan tahun 2021 iaitu Snapdragon 888.
Ini juga sebuah perkara yang pelik yang dilakukan oleh pihak realme Malaysia, kenapa tidak melancarkan telefon ini di pasaran Malaysia ? Tetapi varian GT lain masuk sahaja ? Pelik tapi apa yang boleh dibuat. Jadi kita tunggu sahaja realme GT 2 Pro yang akan dilancarkan pada bulan ini.
Spesifikasi
- Snapdragon 888
- Saiz skrin 6.43 inci
- Super AMOLED
- Resolusi 1080p
- 120Hz Kadar segar semula
- 64Mp kamera utama, 8Mp kamera ultra lebar 119˚, 2Mp Makro
- Bateri 4500mAh ( 65W )
1. Siri Pixel 6
Walaupun tiada mana-mana siri Pixel pernah memasuki pasaran Malaysia, tetapi untuk siri Pixel 6 ia ibarat peluang terlepas dari Google untuk memasarkan telefon mereka ke pasaran yang lebih luas lagi sebagai contohnya negara kita Malaysia.
Siri Pixel 6 tahun memang sebuah jurang yang besar berbanding siri Pixel sebelumnya, dari segi cipset, kamera dan fungsi-fungsi yang baru. Google sendiri membangunkan cipset mereka iaitu Google Tensor, walupun cip ini tidak sepadu Snapdragon 888 namun ia dapat dioptimumkan dengan perisian Google Pixel ini sendiri.
Keseluruhan, Google Pixel 6 adalah antara telefon yang paling menarik yang hadir pada tahun 2021 lepas. Malang sekali kalau anda ingin mendapatkan telefon ini juga, ia perlu diimport sendiri dari pasaran luar Malaysia. Masalah yang akan berlaku bila beli telefon yang berasal dari pasaran luar, kemungkinan sesetengah perkhidmatan selular contohnya macam VOLTE tidak boleh digunakan.
Spesifikasi
Google Pixel 6
- Google Tensor
- Saiz skrin 6.4 inci
- AMOLED
- Resolusi 1080p
- 90Hz kadar segar semula
- 50Mp Kamera utama, 12Mp kamera ultra lebar 114˚
- Bateri 4614mAh ( 30W )
Google Pixel 6 Pro
- Google Tensor
- Saiz skrin 6.71 inci
- LTPO AMOLED
- Resolusi 1080p
- 120Hz kadar segar semula
- 50Mp Kamera utama, 12Mp Kamera ultra lebar 114˚, 48Mp Kamera telefoto 4x zoom optikal
- 5003 mAh ( 30 W )