
Reka bentuk dan paparan
Dari segi reka bentuk OPPO Find N, ia mempunya reka bentuk yang hampi sama seperti siri OPPO Reno 6. Tetapi itu sahaja persamaan diantara dua telefon ini. Selebihnya OPPO find N ini mempunyai skrin 5.49 inci jenis AMOLED untuk paparan luarannya dan 7.1 inci jenis E5 AMOLED untuk paparan yang boleh lipat.
Sebagai tambahan skrin boleh lipat ini mempunyai kadar segar semula 120Hz dan mempunyai kecerahan mencecah 1000 nitss. Paparan ini juga mempunyai 100% P3 dan sRGB color gamut. jadi ia bagus untuk mengedit juga.
Satu tumpuan utama yang OPPO fokuskan pada OPPO Find N ini adalah untuk menhapuskan atau menhilangkan garisan lipatan dan ketahanan keseluruhan, pada masa yang sama meningkatkan keselesaan apabila dipegang.
Untuk ketahanan OPPO Find N ini, OPPO sendiri menjamin bahawa peranti ini boleh dilipat 100 kali lebih daripada 5 tahun dalam suhu -20 darjah Celsius tanpa sebarang lipatan terbentuk di tengah.
Spesifikasi Dalaman
Beralih ke spesifikasi dalaman peranti ini menggunakan cipset andalan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 888 dan hadir dengan 4500mAh dan penyokongan pantas 33w. Peranti ini juga mempunyai 2 varian iaitu 8GB RAM, 256GB Storan dan 12GB RAM, 512GB Storan.
Untuk spesifikasi kamera pula ia mempunyai 3 kamera belakang dan 1 kamera didalam skrin boleh lipat. 3 kamera belakang adalah 50Mp Sony IMX 766 untuk kamera utama, 16Mp kamera ultra lebar dan 13Mp kamera telefoto. Untuk kamera dalaman ia menggunakan 32Mp.

Harga
Kepada yang berminat nak mendapatkan OPPO Find N ini, ia boleh didapati dalam 3 varian warna iaitu namely Black, Ceramic White dan Purple. OPPO Find N dijual di China dengan tanda harga 7688 Yuan bersamaan RM5089.35 untuk varian 8GB RAM, 256GB Storan dan 8999 Yuan bersamaan RM5948.71 untuk varian 12GB RAM, 512GB Storan. Peranti ini boleh dipratempah di China dan jualannya bermula pada 23 disember ini.
Berkaitan
- 5 Telefon 5G Bawah RM1000
- Samsung Letak NFT Dalam TV, Pengguna Boleh Lihat, Beli Dan Papar Karya Digital Tersebut
- Ada Khabar Xiaomi Nak Letak Lapisan Anti Silau Dekat Kamera Belakang
- vivo V23 Dilancarkan, Panel Belakang Boleh Bertukar-Tukar Warna
- OnePlus Kongsi Rupa Bentuk OnePlus 10 Pro
- Oneplus 9RT Akan Masuk Pasaran Global Dalam Masa Terdekat
- Telefon Terbaik Bawah RM2200 (2021)
- Guna Kad Kredit Bapa 'Berjoli' Dalam Genshin Impact Hingga Cecah RM62 Ribu
- Ini Senarai Laptop Lenovo Yang Dapat Kemaskini Windows 11
- Jenis-Jenis Keycap Pada Papan Kekunci Mekanikal