
MIX Fold dilengkapi skrin utama bersaiz 8.01-inci OLED dengan resolusi WQHD+ dan nisbah 4:3. Paparan utama hadir dengan sokongan HDR10+, Dolby Vision, DCI-P3, MEMC serta maksimum kecerahan sehingga 600 nits.

Paparan kedua yang terletak di luar pula mempunyai saiz 6.52-inci AMOLED dengan resolusi HD+, nisbah 27:9 serta sokongan kadar segar semula 90Hz dan input sentuhan 180Hz. Paparan kedua ini hadir dengan maksimum kecerahan sehingga 900 nits serta sokongan TrueColor dan Dolby Vision.

MIX Fold dijana cip pemproses Snapdragon 888 dengan memori sehingga 16GB RAM berasaskan 3,200MHz LPDDR5 dan storan sehingga 512GB UFS 3.1.
Menariknya, MIX Fold menampilkan lensa kamera cecair dan Image Sensing Processor (ISP) Surge C1. Surge C1 merupakan cip pemproses imej yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi.

Hadir dengan tetapan tiga sensor yang berfungsi sebagai empat kamera, ia dimuatkan 8MP lensa cecair yang membolehkan 3x zum optikal dan sehingga 30x telefoto. Ia mampu mengekalkan bentuk cecair dalam persekitaran serendah -40°C hingga 60°C bagi memastikan optik yang stabil, tahan lama, dan berkualiti tinggi.
Sebagai tambahan, MIX Fold juga dilengkapi 108MP utama (HM2 1/1.52", 7P) dan 13MP ultra lebar. Kamera swafoto dimuatkan dengan sensor 20MP.
Ia turut menawarkan audio oleh Harman Kardon serta tetapan 4 pembesar suara. Peranti ini juga hadir dengan sokongan sistem penyejukan yang dinamakan sebagai Butterfly Cooling System.
Untuk jangka hayat peranti, MIX Fold mempunyai bateri terbina sebesar 5,020mAh bersama sokongan pengecasan pantas 67W berwayar.

Antara lainnya adalah sokongan dwi-5G, Wi-Fi 6, serta menjalankan MIUI 12 berasaskan Android 10. Mi MIX Fold menawarkan dua varian iaitu Standard dan Ceramic Special Edition.
Harga Jualan
Berikut adalah harga jualan Mi MIX Fold untuk pasaran China:
- 12GB+256GB - 9999 yuan (~RM6316)
- 12GB+512GB - 10,999 yuan (~RM6948)
- 16GB+512GB - 12,999 yuan (~RM8211)
Buat masa ini, belum lagi diketahui bila atau jika peranti ini akan dipasarkan untuk pasaran global dan khususnya pasaran tempatan.
Berkaitan
- Garmin Lancar Forerunner 245 Music Edisi Jepun Di Malaysia Berharga RM1799
- Rasmi: Celcom Dan Digi Sahkan Dalam Fasa Akhir Rundingan Untuk Bergabung
- OPPO Reno5 5G Dan Reno5 Pro 5G Rasmi Dilancarkan - Android 11, 90Hz OLED Dan Pengecasan 65W
- Pelancaran Siri Xiaomi 13 Di China Dijadual Semula Pada 11 Disember
- Xiaomi Sahkan Belum Ada Sebarang Projek Pembangunan Kereta Ditubuhkan
- ZTE Axon 30S Dengan Kamera Bawah Paparan Bakal Dilancarkan Minggu Depan
- Ming-Chi Kuo: iPhone 13 Model Pro Akan Menerima Naik Taraf Lensa Sudut Lebar Dan Autofokus
- Bocor Draf Rekaan Awal Kereta, Xiaomi Minta Pampasan Lebih RM600 Ribu Daripada Pembekal
- Microsoft Perbaharui Polisi, Pekerja Boleh Cuti Tanpa Had
- Aplikasi Messenger Dan Instagram Sedang Mengalami Masalah Untuk Menghantar Mesej