Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Taiwan Siasat 4 Syarikat Didakwa Bantu Huawei Bina Kilang Pembuatan Cip

Taiwan Siasat 4 Syarikat Didakwa Bantu Huawei Bina Kilang Pembuatan Cip

Diterbitkan Oktober 5, 2023 · Dikemas kini Oktober 5, 2023 oleh Amalina Athman

Pihak berkuasa Taiwan kini dilaporkan akan menyiasat empat syarikat di negara itu yang didakwa membantu Huawei Technologies dalam mewujudkan kilang pembuatan cip di China.

Berkaitan

  • Huawei Mate 60 Pro Jadi Telefon Pertama Di Dunia Sokong Panggilan Melalui Satelit
  • Sebab Mengapa Kirin 9000S Buat Amerika Syarikat "Tidak Senang Duduk"

Langkah itu susulan laporan Bloomberg yang mengenal pasti empat syarikat Taiwan. Bloomberg berkata tidak jelas sama ada kerjasama itu melanggar sekatan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Huawei.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Taiwan Wang Mei-hua menyatakan tiada pelanggaran sekatan AS oleh empat syarikat tersebut yang disahkan setakat ini.

Salah satu syarikat, Topco Scientific, mengeluarkan kenyataan mengakui telah menjalankan perniagaan dengan pengeluar semikonduktor yang dikenal pasti bekerjasama dengan Huawei.

Akan tetapi, Topco menegaskan pihaknya hanya bekerjasama dalam perlindungan alam sekitar dan tidak ada transaksi perniagaan yang melibatkan bahan atau peralatan semikonduktor.

Sebuah lagi syarikat Taiwan, United Integrated Services (UIS) turut mengesahkan subsidiari China yang menerima kerja untuk mengubah suai bahagian dalaman, dikatakan mempunyai hubungan dengan Huawei. Namun, UIS berkata kumpulan itu mematuhi undang-undang, dasar dan peraturan bagi semua bidang kuasa.

Sumber: Nikkei Asia

Gambar utama: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY