Sebab Mengapa Kirin 9000S Buat Amerika Syarikat "Tidak Senang Duduk"

Huawei Mate 60 Pro adalah peranti flagship terbaru dari Huawei dan sejujurnya wahai pembaca sekalian, kehadiran peranti ini benar-benar membuatkan bukan sahaja Amerika Syarikat tetapi dunia sekali tidak senang duduk.

huawei mate 60

Sejak ia dilancarkan permintaan terhadap peranti itu melonjak jauh daripada jangkaan awal. Malahan, Mate 60 Pro menerima pratempah hampir 1 juta unit di China dalam masa 5 hari sahaja.

Untuk pengetahuan anda, perkara paling menarik tentang Mate 60 Pro adalah pengumuman cip Kirin 9000S yang digunakan peranti itu.

Berdasarkan prestasi, Kirin 9000S tidaklah sehebat Snapdragon 8 Gen 2 dan hanya setanding cip Snapdragon 888 sahaja. Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan kenapa kehadiran cip Kirin dan peranti Huawei ini menggegarkan industri global.

Siapa Yang Tolong Huawei Bangunkan Kirin 9000S?


Kita peka bahawa ketika Huawei berada di kemuncak dalam industri ini, ia mampu menandingi dan malahan menggugat jenama-jenama besar yang lain seperti Samsung dan Apple.

Selepas itu, Huawei dikenakan sekatan oleh AS dan sejak itu, mereka mula dipinggirkan dan terkebelakang berbanding yang lain. Contohnya, di kala jenama-jenama besar yang lain sudah menguasai peranti 5G, mereka hanya mampu menawarkan peranti 4G LTE sahaja.

Huawei Kirin 9000S

Sebelum disekat, Huawei bekerjasama dengan TSMC untuk membangunkan cip HiSilicon dan selepas disekat, TSMC tidak dapat bekerjasama lagi dengan Huawei.

Seterusnya, Huawei bekerjasama dengan Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC), sebuah syarikat cip semikonduktor China yang menggunakan teknologi 7nm (N+2) untuk menghasilkan cip tersebut.

Ini secara tidak langsung, Huawei tidak lagi terkesan dengan sekatan yang dikenakan oleh AS.

Kenapa Kirin 9000S Buat Amerika Syarikat "Tidak Senang Duduk"


Selain kemampuan untuk menghasilkan cip sendiri, kehadiran Kirin 9000S ini memberikan isyarat kepada dunia bahawa Huawei boleh juga menerima tempahan cip tersebut daripada jenama-jenama lain yang berminat dengannya.

Walaupun Huawei tidak menerangkan dengan jelas akan kemampuan 5G pada Kirin 9000S; tetapi sebenarnya, Kirin menggunakan modem Baron yang menyokong teknologi ketersambungan 5G.

Antara yang mengejutkan lagi adalah cip tersebut juga menyokong komunikasi satelit dan ini membuatkan Mate 60 Pro menjadi peranti satelit komersial pertama di dunia.

Kirin 9000S membuatkan telefon Huawei ini menjadi lebih hebat dan berkuasa berbanding barisan iPhone 14 dari segi komunikasi satelit.

https://twitter.com/mingchikuo/status/1699445388326084838

Mengeruhkan lagi keadaan, kehadiran Kirin ini berkemungkinan besar boleh membuatkan syarikat AS, Qualcomm rugi besar. Hal ini demikian kerana seperti yang saya katakan awal tadi, pembangun-pembangun telefon pintar yang lain ada alternatif untuk dipertimbangkan.

AS ketika ini mungkin sedar bahawa sekatan-sekatan yang mereka kenakan terhadap Huawei itu tidak mendatangkan hasil seperti yang disangkakan.

Huawei berjaya melakukan anjakan paradigma dengan mencari, mengusahakan, dan membangunkan teknologi mereka sendiri apabila akses kepada teknologi tersebut telah disekat oleh AS beberapa tahun lepas.

Adakah Kehadiran Kirin Mampu Mengembalikan Kegemilangan Huawei?


Untuk pengetahuan anda, ketika artikel ini ditulis, pelbagai agensi berita antarabangsa juga turut mengulas panjang akan isu Huawei dan cip Kirin tersebut.

China Chip Industry

Mengejutkan lagi, kemunculan Kirin telah menjadi pemangkin untuk China melabur lebih USD40 bilion (~RM186.20 bilion) ke dalam industri semikonduktor negara itu.

Bila kita semak balik, Huawei sekarang sudah mampu bukan sahaja menghasilkan cipnya sendiri, tetapi memberikan akses 5G kepada pengguna dan yang paling tidak dijangkakan sekali adalah menjadi jenama pertama dengan peranti yang menyokong penggilan satelit.

{suggest}

Walaupun masih baharu, tetapi saya yakin ini adalah satu tanda bahawa buat kali pertamanya Huawei bukan sahaja menjadi menjadi pesaing rapat kepada jenama-jenama besar yang lain, malahan membuatkan satu dunia tergugat dengan nama Huawei itu sendiri.

Oleh itu, jawapannya ya, dalam 1 ke 2 tahun lagi, kita akan lihat Huawei akan menjadi nama besar dunia dalam industri pasaran telefon pintar global yang setanding dengan Samsung dan Apple.

Beli Peranti Huawei di Shopee: https://invl.io/cljfc2u





Beli Peranti Huawei di Lazada: https://invol.co/cljfc29




Sumber: Gizchina, reuters, huawei central

Gambar utama: Gizchina