Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bo youtube

Syarat Dilonggarkan, Jana Pendapatan Di YouTube Akan Jadi Lebih Mudah

Diterbitkan Jun 14, 2023 · Dikemas kini Jun 14, 2023 oleh ariff bukhari

Google kini memberikan peluang lebih mudah untuk pencipta kandungan di platform YouTube untuk menjana pendapatan selepas Google bakal melonggarkan syarat kepada pencipta kandungan.

Menerusi YouTube Partner Program (YPP) yang ditetapkan ketika ini, antara syarat utama yang membolehkan akaun YouTube pencipta kandungan itu layak untuk menyertai YPP adalah mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pelanggan dengan 4,000 jam tonton awam yang sah dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Atau mempunyai sekurang-kurangnya  1,000 pelanggan dengan 10 juta melihat Shorts awam yang sah dalam tempoh 90 hari yang lalu.

Syarat Dilonggarkan, Jana Pendapatan Di YouTube Akan Jadi Lebih Mudah
Perlu diingat bahawa mana-mana waktu tontonan awam daripada Shorts dalam Shorts Feed tidak akan dikira dalam 4,000 jam tontonan awam.

Tetapi untuk syarat yang baru, kelayakan untuk anda menyertai YPP dilonggarkan di mana saluran YouTube anda hanya perlu mempunyai 500 pelanggan dengan 3 video dimuat naik dalam tempoh 90 hari, 3,000 jam tontonan umum dalam setahun lepas atau 3 juta melihat Shorts dalam tempoh 90 hari lepas.

Screenshot 2023-06-14 at 10.23.20 AM

Walaubagaimanapun, syarat baru YPP ini hanya akan tersedia bermula pada bulan berikutnya untuk pencipta kandungan YouTube di beberapa negara terpilih sahaja dahulu iaitu Kanada, Korea Selatan, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Bagi mereka yang tidak berada di salah satu negara/rantau di atas, tiada perubahan pada syarat YPP akaun YouTube anda buat masa ini.

Berkaitan

  • Ini Senarai Harga Bagi Menggantikan Skrin Samsung Galaxy Siri S23, Z Flip4 Dan Z Fold4
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • MacBook 12 Inci Dilapor Akan Diklasifikasikan Sebagai Produk Usang Akhir Jun Ini

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY