Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook 12 inci

MacBook 12 Inci Dilapor Akan Diklasifikasikan Sebagai Produk Usang Akhir Jun Ini

Diterbitkan Jun 13, 2023 · Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada memo dalaman yang diperoleh MacRumors, Apple dikhabarkan merancang untuk menamatkan sokongan ke atas model komputer riba MacBook 12 inci (Retina, 2015).

Sekaligus menyenaraikannya sebagai produk usang pada 30 Jun 2023.

MacBook 12 inci yang asal mula diperkenalkan pada 10 Mac 2015 dahulu, yang merupakan komputer riba Apple terkecil dan paling ringan setakat ini.

Malah ia juga lebih nipis daripada MacBook Air 11 inci ketika itu dan merupakan model MacBook pertama yang tidak dilengkapi kipas untuk sistem penyejukannya.

macbook 12 inci
MacBook 12 inci dilengkapi paparan Retina.

Sistem operasi terakhir yang disokong komputer riba ini ialah macOS 11 Big Sur, yang akan berhenti menerima kemas kini keselamatan sebaik sahaja macOS 14 Sonoma dikeluarkan kepada umum nanti.

Adalah tidak mengejutkan jika Apple mengklasifikasikan MacBook 12 inci pertama  ini sebagai produk usang.

Ini kerana sesebuah produk Apple itu dianggap usang apabila Apple berhenti mengedarkannya untuk jualan lebih daripada 5 tahun dan kurang daripada 7 tahun yang lalu.

Berkaitan

  • Harga MacBook Air Di Malaysia Kini Boleh Mencecah Lebih RM10 Ribu
  • Apple "Vision Pro" Mungkin Perlu Dijenama Semula Untuk Pasaran China
  • E-Tunai Belia, Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Dikreditkan Bulan Ini - PM

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY