Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga ganti skrin samsung

Ini Senarai Harga Bagi Menggantikan Skrin Samsung Galaxy Siri S23, Z Flip4 Dan Z Fold4

Diterbitkan Jun 13, 2023 ยท Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh ariff bukhari

Sepanjang menggunakan telefon pintar, mesti ada di antara kita yang pernah atau hampir berdepan insiden skrin telefon pintar pecah.

Malah berdasarkan data kajian yang pernah dilaporkan pada tahun 2018 dahulu, sebanyak 5,761 skrin telefon pintar rosak setiap satu jam pada tahun 2017,

Itu adalah hampir dua persaat menjadikan kira-kira 50 juta skrin telefon pintar alami insiden skrin retak dan hancur pada tahun tersebut.

Jadi adalah baiknya jika kita tahu harga bagi menggantikan skrin bagi model telefon pintar yang kita gunakan.

Sebagai contoh untuk pengguna telefon pintar Galaxy, Samsung Malaysia ada menyenaraikan harga skrin mengikut model-model telefon pintar Galaxy.

Untuk menggantikan skrin telefon pintar Galaxy terbaru iaitu siri Galaxy S23, S23+ dan S23 Ultra, harga yang dicadangkan adalah RM845, RM945 dan RM1,245.

foto galaxy s23 ultra (4)
Harga skrin Galaxy S23 Ultra berharga RM1,245.
Ini Senarai Harga Bagi Menggantikan Skrin Samsung Galaxy Siri S23, Z Flip4 Dan Z Fold4

Manakala bagi siri telefon pintar boleh lipat Samsung yang terbaru pula iaitu Z Fold4 dan Z Flip4 pula, ia masing masing berharga dari RM626 dan RM446.

Samsung Galaxy Z Fold4
Harga skrin (bahagian dalam) Galaxy z Fold4 adalah RM2,291.
Galaxy Z Flip4
Galaxy Z Flip4.
Ini Senarai Harga Bagi Menggantikan Skrin Samsung Galaxy Siri S23, Z Flip4 Dan Z Fold4

Harga skrin yang dipaparkan adalah Harga Runcit Disyorkan (RRP) sepertimana yang disyorkan oleh Samsung Malaysia Electronic (SME) Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, harga tersebut mungkin berbeza di Pusat Servis Sah Samsung yang lain.

Untuk menyemak harga skrin bagi pelbagai peranti pintar Samsung yang lain pula meliputi Samsung Galaxy Note, X Cover, Samsung Tablets, Siri A, M, J dan C, anda boleh layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung Galaxy A34 - Tak Teruk Seperti Yang Disangka
  • (Ulasan) Samsung Galaxy A54 - Calon 'Midrange' Terbaik Bawah RM2000
  • Asus Malaysia Bagi Formula Harga ROG Ally, Hasilnya RM3299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY