Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Celcom Digi gabung

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Luluskan Cadangan Penggabungan Digi-Celcom

Diterbitkan September 16, 2022 ยท Dikemas kini September 16, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Bernama, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini telah meluluskan cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd dan Celcom Axiata Bhd (Celcom) di bawah terma dan syarat yang tertentu.

Cadangan penggabungan itu melibatkan pemindahan keseluruhan modal saham terbitan Celcom sebanyak 1.24 bilion saham oleh Axiata kepada Digi pada harga RM17.76 bilion, serta penyenaraian tambahan 3.96 bilion saham baharu Digi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Berkaitan

  • MCMC Tidak Membantah, Penggabungan Celcom Dan Digi Diluluskan
  • Digi-Celcom: Yoodo Perlu Cari Pemilik Baru
  • Yoodo Keluar Kenyataan Berkaitan Gabungan Celcom-Digi

Sebagai tambahan, kedua-dua syarikat telekomunikasi itu memaklumkan bahawa SC juga telah meluluskan struktur ekuiti Bumiputera dalam Digi berikutan dengan cadangan penggabungan itu.

Menurut Digi, selepas cadangan penggabungan itu, saham terbitan yang diperbesarkan dan diperuntukkan kepada rakyat Malaysia akan meningkat kepada 59.9% berbanding 40.4% pada 31 Dis, 2021, manakala peruntukan rakyat asing akan menurun daripada 59.6% kepada 40.1%.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Jun lalu memaklumkan pihaknya tidak membantah cadangan penggabungan antara Digi dan Celcom. Pihak MCMC turut mengeluarkan notis tiada bantahan bagi cadangan tersebut.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY