Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NFS Unbound

Studio Need for Speed Dan Burnout Kini Tumpu Sepenuhnya Kepada Battlefield

Diterbitkan Julai 14, 2026 ยท Dikemas kini Julai 14, 2026 oleh Amsyar Latif

Criterion Games, studio yang sinonim dengan siri Burnout dan beberapa judul popular Need for Speed, kini mengesahkan fokus sepenuhnya kepada pembangunan siri Battlefield.

Perkara itu didedahkan menerusi temu bual bersama IGN sempena ulang tahun ke-30 Criterion Games. Naib Presiden dan Pengurus Besar Battlefield Studios Europe, Rebecka Coutaz, berkata studio tersebut kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan Battlefield, sekali gus mengesahkan tiada projek perlumbaan sedang dibangunkan oleh Criterion buat masa ini.

Criterion sebelum ini dikenali sebagai pembangun siri Burnout yang mendapat pujian ramai, sebelum mengambil alih pembangunan francais Need for Speed menerusi Need for Speed: Hot Pursuit (2010), Most Wanted (2012), Need for Speed (2015), Need for Speed Unbound (2022) serta membantu pembangunan beberapa judul Battlefield.

Studio Need for Speed Dan Burnout Kini Tumpu Sepenuhnya Kepada Battlefield

Malah, logo baharu Criterion kini turut memaparkan slogan “A Battlefield Studio”, menggambarkan identiti baharu studio itu sebagai sebahagian daripada Battlefield Studios di bawah Electronic Arts (EA).

Walaupun begitu, IGN menyatakan legasi Burnout dan Need for Speed masih menjadi sebahagian besar identiti Criterion. Namun dengan keseluruhan tenaga kerja kini tertumpu kepada Battlefield, masa depan kedua-dua francais perlumbaan itu masih belum jelas.

Setakat ini, EA masih belum mengumumkan sama ada pembangunan siri Need for Speed akan diserahkan kepada studio lain ataupun bilakah judul baharu akan diperkenalkan.

Perkembangan ini sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat permainan perlumbaan, khususnya selepas Need for Speed Unbound dilancarkan pada 2022 dan hanya menerima beberapa kemas kini kandungan selepas itu.

Berkaitan

  • Sony Berdepan Saman AS$457 Juta Selepas Umum Bakal Tamatkan Permainan Fizikal PlayStation
  • Lenovo Mengacah Legion C700, 'Handheld' Untuk Permainan Awan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY