Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV ROAD TAX

Struktur Cukai Jalan EV Akan Diumum Bulan Depan

Diterbitkan November 6, 2023 · Dikemas kini November 6, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) pada bulan depan, sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu.

Berkaitan

  • Belanjawan 2024: Rebat Tunai Sehingga RM2,400 Bagi Pembelian Motosikal Elektrik
  • Kerajaan Akan Beralih Kepada EV Untuk Kenderaan Rasmi
  • Kilang Pembuatan Kenderaan EV Pertama Malaysia Akan Dibina Di Melaka

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.

Jelasnya, kerajaan sedia maklum keresahan pemilik kenderaan EV yang bimbang dikenakan cukai jalan lebih tinggi selepas tamat tempoh pengecualian itu. Lanjutan itu, kementeriannya telah membentangkan struktur cukai jalan yang lebih kompetitif kepada Pasukan Petugas Khas EV.

Mengimbas kembali, Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM sepenuhnya untuk kenderaan EV bermula 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2025.

Pengecualian itu diberikan kepada kenderaan EV yang menggunakan bateri atau sel bahan api dan tidak terpakai untuk kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY