Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kilang Pembuatan Kenderaan EV Pertama Malaysia Akan Dibina Di Melaka

Kilang Pembuatan Kenderaan EV Pertama Malaysia Akan Dibina Di Melaka

Diterbitkan Oktober 24, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Muhd Idham

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membuat kenyataan bahawa kilang pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan kenderaan elektrik (EV) pertama negara bakal dibina di Taman Perindustrian HICOM Pegoh, Alor Gajah, Melaka dengan nilai pelaburan melebihi RM100 juta.

Kilang ini dikatakan akan dibangunkan oleh EP Manufacturing Bhd (EPMB) dan dijangka dapat mengeluarkan keluaran EEV dan EV sehingga 30,000 unit setiap tahun dalam fasa pertama mereka pada akhir tahun 2024.

Kilang Pembuatan Kenderaan EV Pertama Malaysia Akan Dibina Di Melaka
Kredit Foto: The Malaysian Reserve

Sehubungan dengan itu, lebih kurang 1000 peluang pekerjaan yang akan ditawarkan untuk rakyat Melaka dalam sektor automotif terutama sekali untuk penduduk Pegoh. Usaha ini dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida di negeri Melaka.

Selain itu, Datuk Seri Ab Rauf mencadangkan EPMB untuk bekerjasama dengan 23 institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di negara ini bagi menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir bagi keperluan tenaga kerja kilang itu.

CEO EPMB, Ahmad Razlan, mengatakan pembinaan kilang itu mempunyai empat fasa dengan keluasan lebih kurang 17 hektar dan fasa pertama yang dijangka akan bermula pada tahun depan.

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Peluang Dapat Tesla Model Y Percuma Dengan Pasang Panel Solar Di Rumah
  • Tak Sampai 2 Bulan, iPhone 15 Dah Dijual Dengan Harga Diskaun Di China
  • TikTok Uji Muat Naik Video Sehingga 15 Minit

Sumber: The Malaysian Reserve, EdgeProp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY