Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Strava Failkan Saman Terhadap Garmin, Dakwa Langgar Paten

Strava Failkan Saman Terhadap Garmin, Dakwa Langgar Paten

Diterbitkan Oktober 3, 2025 · Dikemas kini Oktober 3, 2025 oleh Amalina Athman

Strava kini mengambil tindakan undang-undang terhadap Garmin, menurut laporan The Verge.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Colorado, Strava mendakwa Garmin melanggar perjanjian kerjasama dengan menggunakan paten miliknya tanpa kebenaran, iaitu segments dan heatmaps.

Paten segments difailkan Strava pada 2011 dan diluluskan pada 2015. Ia memperincikan sistem yang membolehkan atlet membandingkan prestasi mereka di laluan yang ditetapkan pengguna.

Setahun sebelum itu (2014), Garmin memperkenalkan komputer basikal Edge 1000 dengan sistem segments tersendiri. Pada 2015, Garmin menandatangani Perjanjian Kerjasama Utama (MCA) bersama Strava untuk membawa Strava Live Segments ke peranti Garmin.

Namun, Strava mendakwa Garmin melanggar syarat MCA dengan memperluaskan segments berjenama Garmin dan membangunkan sistem pesaing menggunakan teknologi yang dipatenkannya, merangkumi Garmin Connect serta keseluruhan ekosistem peranti syarikat itu.

Strava juga menuduh Garmin melanggar paten lain berkaitan paparan serta penjanaan heatmaps, yang difailkan sejak 2014 dan diluluskan pada 2016.

Susulan itu, Strava memohon perintah larangan kekal bagi menghalang Garmin daripada terus menjual atau menawarkan sebarang produk dengan ciri segments atau heatmaps, sambil menegaskan pampasan wang sahaja “tidak memadai”.

Tindakan ini secara langsung menyasarkan platform Garmin Connect dan kebanyakan peranti popular syarikat itu, termasuk komputer basikal Edge serta siri jam tangan Forerunner, Fenix dan Epix.

Berkaitan

  • Garmin Pay Kini Tersedia Di Malaysia, Tawar Pulangan Tunai RM30
  • Huawei Kini Raja Peranti Boleh Pakai, Atasi Xiaomi, Apple Dan Garmin - IDC
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY